Monday, June 27, 2011

Rindu Yg Maha Hebat~!

Misz Lynn disapa rindu  2 3 menjak ni. Sejak misz lynn tgk video bayi bersujud dalam kandungan bila dengar alunan al quran kat youtube. misz Lynn sgt dipana rasa rindu yg teramat!~ Misz Lynn rindu ketenangan yg seumpanya...

Ketenangan untuk menjadi seperti bayi yg redha dengan setiap rezki tanpa meminta2...
Ketenangan untuk tidak memikirkan segala helah dunia yg menyebabkan misz lynn jauh daripada tanggungjawab asal sebagai manusia....
Ketenangan untuk terus yakin bahawa semua yg ada dihadapan kita manusia yg tidak bersifat bermuka2...

Misz Lynn jadi rindu kepada Maha melimpahkan kasih Sayang. berpeluangkah Misz Lynn menghadapNya kelak? Terampunkah dosa2 misz Lynn yg banyaknya tak termampu dibayangkan dalam fikiran sesempit manusia jahil seperti misz Lynn.

Kita jadi rindu dan kasih kepada ibu yg melahirkan...
Kita jadi rindu dan kasih kepada ayah yg membesarkan...
Kita jadi rindu dan kasih kepada saudara2 dan kawan2 yg sentiasa menjadi teman....
Kenapa kita sering alpa untuk merindui ALLAH yang membenarkan semua yg kita miliki itu menjadi kenyataan...?

Setiap detik dan saat... Misz Lynn sentiasa berharap Allah swt, tidak memadamkan rindu ini kepadaNya kerana hanya dengan rindu dan cinta ini, misz Lynn yakin, misz Lynn beruntung diberi nyawa~ Amin...

Friday, June 24, 2011

Syurga Cinta~

Haha~ klise nyer tajuk...! hehe~~ Ni bukan sesi luahan peraasaan xketahuan kat blog k. Ni sebagai suatu jawapan y misz lynn x kekawin g. bukannya ai tua sangat pong,... just soklan makhluk2 sekeliling ni kdg2 xpepasal menambah stress di ulu jantungku. Topik ni sangat taboo utk kekawan yg samer bujang macam misz lynn.

 "Jgn citer benda mcm ni t org kata kita desprate."

 Hahahha klise lagi kan. Tapi kalo x diperbahaskan dalam medium yg betul, sampy bila kita nak betulkan stigma masyarakat terhadap pompuan yg lewat kawen ni ( 26 lewat eh?)

Seriusly sebagai perempuan biasa yg cantik luarbiasa (wahahahhaha) misz lynn konpius sebenarnya apa tujuan kekawan misz lynn beria2 nau nak suh ai kawen. Bukannyer xnak kawen (*_*) wink2! Mood gatal sekejap. Hidup yg xder tujuan ni ibarat kapal xder haluan. Jadi perkahwinan yang xder tujuan ni bukan samer ker mcm mnembak xder sasaran. 

Jodoh bagi misz lynn akan sampy dengan hidayah n rezki serentak. Haluan hidup sangat penting. Matlamat tuan yg nak share hidup ngan misz lynn pon perlu jelas kenapa misz Lynn yg dia nak pilih. Apa kelebihan misz lynn yg boleh lengkapkan dia, n apa kekurangan misz lynn yg dia boleh lengkapkan!~~

Amanah utama isteri adalah menjaga aib dan hormat suami. Silapnya sekarang ramai yg sebelum kawin pilih yg tidak pandai menghormati dan xlayak dihormati :: macam mana nak bahagia?

Tugas utama seorang suami adalah mendidik dam membimbing. Silapnya sekarang ramai yang sebelum kawin cepat sangat memilih yang tidak terdidik dan tidak terbimbing :: macam mana nak bahagia?

kalo misz lynn ckp org kata misz lynn memilih n mcm la misz lynn bagus sangat. misz lynn memg xsempurna thats y kena cari yg boleh menyempurnakan. ecececeh!

Kalo esok ditakdirkan kawen misz lynn arap  :: jodoh tu mampu memberi rasa selamat utk selamanya!
Kalo esok misz lynn kawen misz lyn arap :: jodoh tu mampu membawa sebuah kematangan erti bahagia!~
Kalo esok misz lynn kawen misz lyn arap :: jodoh tu sanggup memebawa amanah untuk membela dan menjaga aib n kehormatan misz lynn sebagai wanita
Kalo esok misz lynn kawen misz lyn arap :: Jodoh tu menguatkan cinta misz lynn kepada yg maha esa.
Kalo esok misz lynn kawen misz lyn arap :: jodoh tu mampu memberi ketenangan pada sekeping hati dan mendamaikan jiwa.

Sebab misz lynn xnak hanya bahagia dimata dunia, misz lynn nak sama2 hidup dan bangun di syurga.
Matlamat misz lynn bukan sekadar mencari sebuah syurga cinta tetapi mohon dijauhkan dari maraknya api neeraka dan fitnah dunia~



So kalo ada g yg nak kata misz lynn memilih terserah~~! pengalaman kekawan mendewasakan. insyaALLAH misz lynn xkan putus asa berdoa!~





Thursday, June 23, 2011

Sayang menarik Sayang!

“Sayang menarik sayang, benci menarik benci” –Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Setiap manusia  yang wujud didunia ini mempunyai kebolehan yang sangat berbeza antara satu sama lain. Seharusnya tugas kita adalah untuk saling melengkapi. Selalu sanagt dalam kehidupan seharian kita menjadikan kelemahan orang lain itu sebagai suatu kehebatan buat kita. Namun bukankah lebih manis jika setiap kelebihan yang kita miliki kita jadikan amanah untuk membantu mereka yang lemah?. Dengan belajar untuk melengkapi orang lain, mudah-mudahan diri kita menjadi lengkap.

Jika ada yang membuat kesalahan maafkanlah dia, jangan membenci…..
Jika ada yang jahil bimbinglah dia, jangan menjauhkan diri….
Jika ada yang menyakitkan hati bersabarlah, jangan saling mengeji…..
Doakanlah setiap insan yang selalu menguji kesabaran diri, kerana kita jarang mampu membenci orang yang kita doakan…

Orang yang mencintai ketidaksempurnaan orang lain adalah insan yang paling sempurna hidupnya. Hari ini misz lynn masih belajar untuk menjadi sempurna, InsyaAllah, semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita semua insan yang menuju kesempurnaan.
Steven Aitchison : 21 days to a new habit.

Bahan yang misz Lynn baca daripada penulis blog Change Your Mind And Change Your Life ini membuat misz lynn terpanggil untuk share briefly beberapa fakta menarik yang terkandung dalam artikel ini. Semoga bermanfaat dan dapat disesuaikan dalam konteks kehidupan seharian kita.

*       Kajian membuktikan yang setiap tabiat baru dapat dikekalkan selepas amalan selama 21 hari.
*       Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari.
*       Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil.
*       Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar.
*       Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya.

Misz lynn  pernah bagitahu  seorang kawan untuk menukar rutin selama 21 hari lepas dia break off. Alhamdulillah selepas 21 hari perubahan ketara berlaku pada status emosi dia.

 Sometimes youdont miss the person,  you just miss the routine..( hanis zalikha kater lam blog dier) 


P/s : klu ader ayat tersekima sket kat atas abaikan, coz ni artikel yg misz lynn selalu post secara rasmi kat opih. kui3! cut n paste blik jek. hak cipta tetap ori k!~

Stress test!

Gambar kat bawah ni kebiasaanya digunakan untuk uji tahap stress yang dihadapi oleh individu. Semakin perlahan gerakan yang kita lihat terbentuk  melalui imej tu, bermakna semakin tinggi keupayaan kita untuk menghadapi stress. Semakin ligat gerakan yang kita nampak melalui gambar tersebut bermakna semakin kurang daya kita melawan stress.
Imej misz lynn bg ni tidak dianimasikan. Imej tuh dibina statik dan tidak bergerak! Selamat mencuba!

P/s: Memula dulu misz lynn pon fening nengok menatang kat atas tu... tapi sekarang dah orait. maknanya stress coping dah tinggi . Huhu~

Tuesday, June 21, 2011

Me n Words

Semalam masa blek keje cik Daly singgah amek aku. Macam besalah dah lam keta tuh, walaupun kwn2 xminta mesti aku bg kuliah free. Maklumlah aku ni mudah gastrik kalo dok diam2 jek!.~wakakaka~. tinga cik Daly yg dah imun ngan sora sexy aku ni pon terus mendengar. Aku share ngan dia kuliah AA GYM yg aku dengar

" Buat apa kita nak susah hati dengan sesuatu yg bukan urusan kita. Rezeki, jodoh, ajal, maut tu kan urusan Allah swt. Beribadah dan cintailah Allah tanpa syarat dan permintaan insyaALLAH segalanya dipermudahkan."

then cik daly pon terkesima lah ngan ayat power aku tuh. Malam dia blek umah, dia post kat FB

"Maslina ayat tadi menakjubkan"



Erm... Ilham dari Allah ni misteri. macam mana aku bley kuarkan ayat2 yg power
(hahahah kewajaran aku dapat miss sentiasa pasan) nih aku pon xtau. laju jek Allah bg Ilham. Kerap sangat jadi bila aku ada masalah berat, mesti aku dapat klien yg ada masalah yg similiar ngan Aku. then tetiba jek dapat ilham nak menolong. Akhirnya bila klien dah blik akhirnya aku sekali terlopong. Maknanya dalam menolong orang ni, Allah tolong selesaikan masalah aku sekali. Ajaib kan?
Pernah sekali tu masa aku bg ceramah, ada pakcik tu sampy nangis.*-*. Lorh!
2 Bulan lepas pon perkara yang sama juga jadi, ada dua org kakak ni kata ceramah aku bg menusuk jiwa. Adeh.... yer ker? ngeh3! Kembang idung jap o.o

Tapi tu sumer cakap manusia besa cam aku nih yg mudah riak... kui3! Cakap yg sebenarya adalah :: mana ada daya manusia nak berfikir kalu bukan dengan bantuan Allah swt. Aku xdak power n aku xdak kuasa (bukan samer ker?) . Aku yakin aku khalifah yg dipilih untuk berkata2. n aku harap sangat dengan kata2 aku ni aku dapat didik ramy org supaya mencintai yg maha memberi ilham. Carilah bakat korang... aku yakin semua insan lam dunia ni dicptakan dengan kelebihan yg dipinjamkan. jadi ayuh beraksilah... Banyak insan dalam kesusahan diluar. ~~

kalo wanie baca entry ni aku just nak bagitahu entry ni aku tulis sempena dengan soklan dia ritu

"Macam mana Ag beley terer ngat bercakap"

 Sebenarnya dia dah letey kene bletey ngan aku~!huhu~

Sunday, June 19, 2011

**i want to be me!**

Kawan aku tulis status facebook dia " i used to be me".. Funny huh? i used to feel the same thing. Selalunya orang akan kata hidup ni singkat sangat tp sebenarnya dlm tempoh yg singkat tu la kita ada kisah hidup yg sgt panjang. Erm.... tadi aku belek2 gambar lama, dr zaman study sampy la zaman awal keje. I used to be happy n gorgeous(hahaha~~~ wajar la aku memang kuat pasan) @ 1 point. But now, ak stress setiap kali nk bergambar. May be physically memang aku da drasticly change la. Aiyoooh!*_*. 




Tapi yang lebih nyatanya aku dah xMINAT. Hilang minat nak enjoy2 macam zaman memuda dulu. Dulu ada jek menda yg aku nak buat. Idea nak menjahanamkan gaji jgn ceriata la. banyak sangat.(sampy xcukup gaji yg nak dijahanamkan aku la.kiu3!). Tapi phase aku sekarag dah berubah. Dah hilang minat kat semua benda. SEMUA BENDA. i keep simple wif ma life :::: Bangun --> keje-->blik--> mkn--> Tdo.  mana x burink. yet i have no answer 4r my own question. :: Y AM I TURNING TO BE BORING???? > I do read a lot l8ly n thats seems to be all my xtvt. My life stop moving! HELP!!!!!!!!!!!!!!  I used to be me n i need myself bacK!


Thursday, June 16, 2011

Altruistic Love!

Boleh x kita mencintai tanpa syarat?. Xtually susah nau nak buat... Sayang orang tapi x minta orang sayang kita blik... ermmm memang payah. Tapi aku dah lama belajar... tu la kunci kebahgiaan sebenar... kalo baca medium english selalunya dia sebut Altruistic tapi sebenornya kalo kaji blik konsep di sama jek macam ikhlas... Aku beriman pada qadak n qadar, so aku percaya hanya Allah sahaja yang layak bagi ganjaran, bukan manusia. Kalo hari ni kita buat bek ngaan orang sebab nak orang tu buat baik blik kat kita mungkin kita kecewa... sebab kalo dia buat baik blik pun blum tentu kita puas hati... Then bila kita buat baik tanpa syarat ni  kadang2 kita lebih bahagia daripada apa yg kita jangka..

Harini start dengan cuba bagi org lain gembira tanpa syarat nak suh org lain bagi kita gembira blik. Percayalah x esok lusa ada plak la orang buat bek kat kita tanpa minta apa2!.  Erm aku teringat plak kesah masa kat UMS dulu...
Ada la sekali nak cuti raya ni... aku n fwen,  ieda nak blik kg. Dah tempah la keta sapu (dah nama dia sapu nak panggil aper g kan) nak suh antor g epot.... Then rerupenyer mamat sapu tu (A bukan nama sebenar) leh plak luper ada apointment ngan kitorg, slamber badak jek dia p amek job len... ish3!!!!!.  Time dah suntuk sgt nak g epot n tinggal sejam jek sebelum kami kena tinggal dek flite. A yg mangkuk td pon dgn slambernya kata kat kami 

"xper weh kawan aku leh antar, t bayar kat dia la"

Kitorg yg xsempat nk marah sebb nebes xbley blik kg ni pon terus setuju. Kami nek keta kawan A la kiranya ari tu. Mamat baru ni plak sepanjang jln punyer la bek... Siap tlg agkut beg lagi (berat woo dengan khazanah alam). Then dia cerita lah yg dia bkn student tp freelance photographer kat UMS... blalala.... Kami pon ok jek la dah ingatkan dia nak buat income lbey antor budak g epot... Xsyak aper2 g la masa ni.

Tup2 masa dah kat epot,  cik ieda kawan aku ni pon kuarkan la duit nak bg kat dia ... Janji ngan A 40 hengget so kami bayar kat mamat ni pon 40 la. Tiba2 dia cakap 

"Saya ikhlas tolong hantar ni... bukan sebab nak duit. saya takut adik terlepas flite." 

Erkkkkkk.....?! Terus tergamam kami dorg... speechless kejap dowh. Mati2 ingatkan dia buat keta sapu gak walaupun keta canggih. N bertambah terkejut g dia siap bagitau yang A tu bukan kawan dia. A jumpa dia kat kafe minta tlg antor kami ke epot. Erk lagi...??????????????????!!!!!!!!!! 


Dah la dia tolong angkat beg2 kami yg berat tu sampai atas troli epot. Xamek duit pong... nama dia pon dia xcakap, nama kami pon dia xtanya. Mulia sungguh kan?

Anyway, aku xtau siapa dia... tapi aku yakin dia ikhlas menyayangi semua org lam dunia ni seadanya tanpa minta balasan. Aku doakan perjalanan idup dia sentiasa mudah sebagaimana dia memudahkan perjalanan kami hari tu INSYALLAH. Buat A : Konghajor ko kan?!!!








Monday, June 13, 2011

MizZ lynN's Hobby.

Karangan saya pada pagi yang mulia ini bertajuk hobi saya. Mizz lynn akan menunjukkan kepada anak2 suatu contoh hobi yang sangat baik iaitu : MAKAN! nyum3!. ~~hahahha~~~

Funny though its true. memang hobby aku makan. Daripada makanan eksentrik sampai la makanan yang komersial semua aku suka. ~ huhu~~

Tapi makan tu hobi sampingan. Hobi yang sebenarnya adalah bergambar di kedai makan. Serius... kadg2 baru aku pasan yg klu nak dicongak jumla pose aku kat kedai makan ni memang sgt melambak. Jenuh berpanas lelah org amek gba kat taman bunga (ala2 diiringi lagu seiring dan sejalan) tapi aku lek jek amek gba lam econ. ~~hahah~~ Bijak bukan?

And i think bila amek gba kat kedai makan ni cantik, lighting n interior deco dia dah memang ngam ngan muka aku yg memang wajar diangkat mejadi duta slim world yg belum kurus.ngeh3! lagipun bila bgamba ngan food ni xpayah aksesori lbey, kaler food tu pon dah santek. Neway,  kalu nak share penuh page ngan gba aku. Tapi aku share yg muka bajet jek la kat cni. 

Kenney Rogers Roaster: santek deco dia tapi lam gba  ni nampak aku jek la.
                                   

Tun Jugah Mall food court Kchg
bukan sekadar nasi ayam.


                                              

ice room : ``SSSSSejukkkk````


ma fav pic : nandos

Choc smoothie @ pizza hutt

Jgn tertipu ni outlet a&w cermin blakang tu reflek nandos kat depan kedai .
~huhuhu~~~`



masing2 punya hobi masing2 enjoy la kan. yg penting aku rasa glam masa kat kedai mkn. tapi aku dah maleh bgambo coz dah xmuat lense. kui3!

Wednesday, June 1, 2011

Rahsia Nama Aku!

I begin with my simple n sweet name MASLINA BINTI BAHTUN. Abah aku cakap, nama ni dia pilih sebab masa aku lahir tu, dalam paper ada nama pelajar cemerlang yang nama dia MASLIYANA. but nak sesuaikan dengan muka aku yang comel x hingat ni... ngeh3! abah aku pendekkan jadi MASLINA. Btw kami adik beradik memang kena ada initial MAS kat depan sempena mengenang moyang (nenek abah) yang jaga dia dari kecik. Onyang aku ni nama dia che mas.So nak xnak kena la juga letak nama  MAS. Adik pompuan aku (yang sibuk nak jadik pompuan juga) lahir empat tahun kemudian n abah namakan MASWANI. Punya la nak jadikan kerabat MAS. Naseb bek onyang aku ni nama dia bukan berlian kan? ehikz3!...


~~Maswani n Maslina~~
Dulu2 kekawan sibuk nak panggil aku MAS. Eywuh... xsodap lgsg den raso. Tah aku xbekenan sangat la dipanggil MAS coz aku ni kan dari penang, sat g depa ingat aku ni mami jarum plak. samapai nama pun nak kena ada mas kan? agagagga~

           Then aku didik ler kekwan aku dr zaman sekolah sampy U supaya panggil aku LYNN. saje jek carik glamer.. hahah (dasar xbersyukur).Tapi sampy la dah keje ni ha memang nama tu sentiasa melekat la..

             Tutup bab asal usul nama ni, yang paling penting entry arini aku tulis sebab aku dengar ceramah DMFK semalam cakap nama ni sebenarnya doa untuk diri kita. Apa yg org sebut, itulah doanya. LYNN a.k.a Lin ni bunyik dia dalam bahasa arab membawa maksud lembut.. Ehikz.. Aku ni xlah lembut mana. Tapi aku percaya juga la yg doa org ramy ni terbukti berkesan kat aku. Jiwa aku ni lembut yang hamat... Sensetip nya **``UMANG AI``** asek nak sentap hati mak nak memanjang. Tahap gaban pun xberani nak men fire2 ngan aku. ~~wakakaka~~~ tapi ada juga bagusnya ada jiwa lembut macam aku ni. Sebab aku mudah sangat peka dengan perasaan org len. Naseb bek keje aku ni memang sgt memerlukan kepekaan. Jadi mudah juga la aku empati dalam kes2 aku.

          Neway bagi kekawan yg dah kawen n nak ada anak, pilih la nama yg bawa banyak manfaat bagi budak tu. xder lah dia nangis mekak2 hehari. hahahah... Moga doa kita sentiasa berkesan buat org lain, n semoga doa yang lahir dari hati kita sentiasa doa yang terbaik buat orang lain.