Monday, May 4, 2015

SEBUAH MIMPI YANG MAHAL.

Assalamualaikum...

This post should be serious because it is serious matter.

Alkisahnya, dipendekkan perjalanan kisah yang panjang, Miss Lynn ditimpa penyakit yg tidak siapa tahu apa puncanya. (let me keep it personally here). Puas semua doctor dan ustaz kami jejak. Semua bertahan sekejap dan semua simtom sakit tu x pernah hilang . Susah nak fahamkan org sihat macm mana rasanya sakit yang tak nampak tu sebb lebih mudah kita tuduh org mengada2 daripada kita belajar untuk faham apa yg org lain rasa. Benda ni nature dalam masyarakat kita. But trust me, xda org sihat dalam dunia ni yg waras pemikirannya nak mengaku sakit kalau tak sakit.

Then, i keep praying and asking Allah... "what should i do?"

Satu malam selepas solat taubat dan  sebuah sujud panjang (jauhkanlah bunyi riak dan takbur dalam ayat ni), dalam keadaan masih berwuduk Miss Lynn terlena.

Mimpi yang nyata dan jelas. Miss Lynn bermimpi daripada tidur Miss Lynn tadi, Miss Lynn bangun untuk sambung solat, tetapi anehnya kali ni Miss lynn berdiri diatas sejadah dengan berbaju kemeja dan juga berseluar jeans. Miss Lynn jadi malu nak solat. Solat Miss Lynn jadi berterabur dan x menentu. Miss Lynn rasa MALU. Ya, susah nak explain tapi itulah perasaannya dalam mimpi tu. MALU.

Dalam keadaan serba salah, tiba2 ada suara menyapa Miss Lynn ...

"Kenapa xsambung solat?"

"Aurat tutup xsempurna" Miss Lynn jawab.

"Aurat kena tutup masa menghadap Allah.. Jadi kenapa tak tutup masa menghadap manusia?."
  
Miss Lynn diam. Masih MALU. Tunduk merenung sejadah.

"Allah nampak sepanjang masa. Bukan nampak ketika solat. Islamlah sepanjang masa. Jika tidak diterima solatnya kerana tidak menutup aurat, bayangkan sepanjang usia awak aurat tidak ditutup dengan sempurna.. kalau mati.. ada solat yang boleh dibawa?"

Miss Lynn takut. "Tak ada solat yang boleh dibawa?" *cry*

Then Miss Lynn terjaga. YA ALLAH, Takutnya. Bagaimana kalau betul2 tak ada solat Miss Lynn yg diterima??.

Dalam keadaan malu dan takut selepas bangun tidur Miss Lynn Berazam. Inilah detiknya dan apa juga cabarannya akan bermula sebuah hijrah. Miss Lynn bertudung sebelum ini, tapi kali ini buat pertama kalinya Miss Lynn benar-benar mencari definisi aurat yang sempurna. Macam2 reaksi Miss Lynn dapat sejak mengenakan tudung labuh sikit. namun yang pastinya, rasa malu disndir itu lebih sedikit berbandaning malu nak menghadapa Allah nanti.

Miss Lynn bukan ustazah dan masih banyak belajar dan mencari. Namun, terasa bertanggungjawab berkongsi dengan yang lain-lain untuk dijadikan iktibar. 

ikhlas ,
new branding MASLINA BAHTUN.



No comments:

Post a Comment