Friday, November 30, 2012

Chew Drink Chew~!

Somebody help.
Im in major crisis right now.
Im so addictive to bubble drink. (what have they put in to those super chewy n yummy pearl?). Its make me a Bubble Addict. Oh know im an addict now!!. hahahhaha. *Drama Queen*.

Tapi serius dalam keadaan yang kurang kesedaran kendiri terhadap saiz badan yang makin menunjukkan kosistensi peningkatan yang cemerlang *sigh* ML boleh terjebak dengan ketagihan yang baru yg x berpekdah ni.

Yer2... simpan dulu la segala leteran yg dah membuak nak kuar tu. Biar ML habih cerita dulu.

Dalam hujah bela diri saya yang pertama : Anda pernah minum x bubble drink ni? Anykind? Chatime, bubblegurt, coolblog, each a cup, blalalalalalala~!. Bagi Misz Lynn tarikan utama minuman2 ni opkos la pearl dia.. chewy n kalo dalam mulut macam xbeley berhenti jek mengunyah?.. Chew-->drink-->Chew. xrasa macam minum banyak pon. Sdar2 dah habis. hahahahha~!

Hujah saya yang kedua adalah : smoothies n segala jenis mak nenek minuman yg kita boleh pilih ikut suka dan senarainya panjang berjela. Lupa dunia kejap sampai kat mana2 outlet.  Rupa ML kat situ dah konpom2 macam muka budak2 kecik yang nampak candies or (ML nampak candies). Sales girl yg dok menghadap muka aku tuh konpom2 dah target nak rekomen yg paling mahal melihat keterujaan yg bersinar di anak mata.

Hujah seterusnya : tahu x kita boleh pilih level gula.(normal, medum, low and no sugar) so rentikanlah niat nak beleter tu yer coz ML selalu amek *cough* Bulf *cough* No sugar. But ada some outlet yg mmg wpon no sugar tp ingredient dia dah memang ada gula sesiap. tersgt la manis.. So yg manis2 sangat ML selalunya x beli dah.

So far my fav * drum rols* jatuh kepada : Strawberry Puding Au lit di Chatime. Double hits combo sedap.




1st runner up jatuh kepada Blackforest Chocolate  di Bubblegurt.



                  
Why im blogging this? selain daripada xda modal lain nak bercerita, Ml sebenarnya baru  dapat voucher   free outlet baru buka kat sebelah office  : tea7. kenapa aku yang terpilih untuk menghadapi ujian ini?? Hahahaha.

Dah ready nak balik n ajak abah g redeem free DRINKS AND TOPPING. Konfirm Miss Jeles si Wani tu ngamuk coz nak kena ikut. Let me think first.........

Yerp.....  i totally dont mind about her further comment.
#lifeisgood.




Tuesday, November 27, 2012

Cara Minta Maaf.

Salah seorang klien ML pernah bertanya.

"apa cara yang betul untuk minta maaf?"

Jadi hari ini, dengan Izin Allah Swt saya rasa topik ini menarik untuk ML kongsi bersama tentang tatacara yang benar memohon maaf (menurut justifikasi manusia biasa yang masih belajar seperti ML)

Ikhlas. Kita kena faham bahwa kenyataan maaf itu puncanya adalah kesalahan. Kita perlu kenal dengan kesalahan kita dahulu baru kita kenal cara sewajarnya untuk memohon maaf. Memohon maaf itu bukan sekadar suatu formaliti. tapi satu upacara untuk kita memohon supaya kita diampunkan.

Syarat utama untuk meminta maaf adalah jangan ada alasan di sebaliknya.

"saya minta maaf sebab saya buat salah dengan awak tapi...................."

Setiap kali ada tapi dibelakang ayat wajar ada huraian dan alasan yang akan membuka satu pertengkaran baru. Setiap kali kita mencari alasan untuk memperbetulkan diri kita (menegakkan benang yang basah) bermakna kita tidak faham akan kesalahan kita. Kita tidak faham bagaimana kesalahan kita itu boleh melukakan orang lain, jadi kita tidak layak untuk minta maaf.

Fokus utama memohon maaf adalah menyenangkan orang lain. Fokus utama untuk memaafkan itu adalah menyenangkan diri sendiri. Dalam usaha untuk memohon maaf daripada orang lain tidak seharusnya kita fikir apa kepentingan yang kita dapat jika kita minta maaf. Sebaliknya berfikirlah bahawa jika dengan meminta maaf ini boleh membuatkan dia memaafkan aku maka aku ikhlas memohon maaf. Tidak ada bela diri.

Jika kita rasa setiap perbuatan kita benar tetapi tetap melukakan orang lain buat pertimbangan sama ada memohon maaf itu wajar ataupun tidak. Memohon maaf perlu disertakan dengan kefahaman bahawa "aku memang ada buat salah". Sebagai manusia biasa yang keliru dan bergantung sepenuhnya kepada hidayah Allah swt, sewajarnya kita semua pernah buat salah, jadi tidak cacat pengalaman kita hari ini jika kita mula belajar untuk meminta maaf dengan seikhlas hati.

Semoga hari ini kita menjadi manusia yang sentiasa bermaaf-maafan dan bertunjangkan Allah swt semata-mata. Inshaa Allah.

I Love My Driver

Saya sayang abah saya.

No. This is not fathers day yet. But truly i love my abah everyday. So everyday is fathers day for me.

My mom passed away since i was 14. Sejak daripada hari tu ML xbley imagine how my life would be without my abah.

ML dibesarkan dengan keringat abah sebagai seorang pekerja kilang. Cukup atau tidak belanja dapur dan rumah sejak dari kecil, ML tidak pernah rasa kehidupan ML susah. Abah akan usahakan semua yg ML hajati. Cepat mahupun lambat. tapi tu semua bukan alasan untuk meminta2 yg bukan.

Sejak dari kecil abah adalah driver tetap ML. setaip peperiksaan penting : UPSR, PMR, SPM, dan STPM mesti abah yang hantar dan jemput. Abah akan amek cuti. Semata2 untuk jemput ML balik exam.

Masa ML dapat Sekolah asrama penuh (SGGS) abah setia tunggu ML dengan motor Honda Cup C70 setiap kali waktu hujung minggu. Sebaris dengan Mercedes Benz dan BMW ayah pelajar lain. Abah xmalu pon.

Then masa ML tukar sekolah ke SMTSSB, setiap hari ML akan tunggu abah amek ML balik sekolah. ML sanggup tunggu sampy petang.

Bila ML dapat masuk UMS, abah still hantar ML ke epot naik motor sambil bawa beg besar2. Abah xmerungut pon. Setiap cuti semester abah dah tunggu di epot. Setaip kali mula semester abah dah ready nak hantar balik ke epot.

Waktu ML dapat Ijazah (abah xikut pon g sabah) abah dah siap2 tunggu ML di epot masa ML dah selesai konvo-> masih lagi dengan motor dia. Setia dan penuh rasa bangga. Naik jambatan dan turun jambatan dengan motor kesayangan n anak kesayangan dia. hihi.

Masa ML nak g interview Pegawai Psikologi dulu, abah bawa ML nek moto SRX dia juga la g Komtar. Tunggu sampai ML habis interview. Then belanja ML makan KFC sebb dia seronok ML kena panggil temuduga.

Masa ML mula2 posting di Politeknik, Abah juga hantar ML ke Poli hari2. Tapi kali ni abah dah malu nek motor. Abah kata segan kalo org tengok pegawai naik motor. Abah xpa.

Then ML decide nak beli kereta, Pesona SE biasa ja. Bukan kereta saya. Tapi kereta Abah saya. Masa mula2 ML beli ramai yg tanya kenapa beli kereta tapi xda lesen? ML diam ja. Ramai yg bertanya napa masih nak susahkan abah walaupun dan mampu berkerjaya.

Jawapan saya sebb saya sangat sayangkan abah saya. Masa mula2 ML beli kereta tu, ML boleh nampak ayah ML happy sangat. Seronok bawa kami nak p mana saja. semua dia bawa. Akhirnya setelah bertungkus lumus bertahun2 jadi driver abah ML berjaya juga pakai kereta.

Kalo ML amek lesen mesti abah dah berhenti jadi diriver ML kan?. Mesti abah naik motor balik. Jadi biarlah lambat ML amek lesen asalkan ML tahu , driver kesayangan ML dah bahagia. Pengorbanan dan titik peluh abah xboleh dibandingkan dengan harga sebuah kereta. Kasih sayg abah bukan tahap untuk diukur dengan nilai harta benda.

To abah (walhal ML tau dia xbaca blog ni). U r my best driver and always be.


my beloved driver~!





Monday, November 26, 2012

LATA BAYU ESCAPE~!

Lata bayu.


Super best~~!


Dua tiga menjak ni ML dah xpandy nak bergumbira sebb kawan2 ML dah banyak yang jadi ORG TUA. So fun ni dah lari jauh drpd kamus kehidupan mereka-mereka yang terlibat. Then my sweet escape haruslah Orangers kan. (#ihaveboringlifethatswhyihavetodotwostraightentryaboutorangers).


Then, we decided to have blast fun before their finals. Bayangkan kena bawa 40 org budak yg senget2 belaka? haish....Memang azab.

Awal2 pagi dah siap kena jerit2 coz ada pulak yg bgun lambat...

"kan saya dah kata 6 setengah bertolak, yg hampa p tdoq pukul 4 setengah tu buat apa"

"korang kat mana ni?"

"kalo dah tau tayar pancit naper xnek van sesiap"

"mana nad pengarah program ni kenapa dia yg paling lambat?"

"yg nek van kutip 3 hengget isi minyak cepat~!!!"

"pukul berapa nak bertolak ni? tahu x saya paling awal terpacak kat sini"


Selesai sesi mengherdik manja  dalam dua tiga baris ayat akhirnya kami semua ready untuk bergumbira. Perjalanan ke Lata Bayu.



 

4 biji keta satu van + 4 motor dr kulim




cantikkan scenary?



Yeay we are here~!


 

 

 


 





Girls yg mekak2 main air~!



gambar bajet

Balik daripada mandi manda kami semua singgah berehat di Mengkuang Dam. Boleh bebudak tuh main "tuju selipar". Berlari sampy berpeluh2... macam bawa budak tadika plak. hmmm... penat makcik sunburn sengsorang tgh panas. haiyooh~!


Apa motif pakai payung lutsinar masa panas terik?


Mini Post mortem
Cuba teka budak2 mana yg xnah kuar PSP?

Well i let them have a blast fun on the day because they deserve it.
Semua orang main sampy lebam...
then balik take a deep rest and get ready for final exam
As for my self , i still need to go to the office the next day walaupun muka ML lebam
Sebulan coz sunburn.
Haish...
But its really a sweet escape~!
lalalallalalallalal




























Wednesday, November 21, 2012

I.N.V.I.S.B.L.E : Its Hurt


I just try so hard to deny this. Too Bad Im only human~!
Apa perasaannya bila kita di "halimunan"kan oleh orang lain?????
#super double hits combo hurt

Sometime we just know that someone adore u much.
Tapi disebabkan fizikal yang sukar untuk dijadikan trofi dalam mana2 gambar, kita just di cut off.
Dunia ni mengandungi pelbagai manusia pelik...
Deal with it~!



Tuesday, November 20, 2012

Orangers Bonda~!

I love my Job...
mOst partly becoz anak2 saya
# Orangers....
So this post are specially dedicated for all of u my orangers....

Sejak dari kecil ML bercita2 sangat nak jadi Cikgu. Mendidik dan Menyampaikan ilmu.
Masa berlalu dan ML rasa kerjaya mendidik ni bukan bergantung kepada Title CIKGU semata-mata. Dilantik jadi pegawai psikologi di bawah KPTM is a really bless... Now a can be a teacher of life with out  manual guide n everything. Yeay~!

Mengajar adalah perkara yg tidak mudah tapi mendidik itu lebih sukar dilakukan. As for me, the best part n challenge is when it come to value of life. Bagaimana kita nak menyuntik nilai2 yg baik kepada org lain tanpa mengubah nilai hidup dia menjadi nilai hidup kita... (cant help the deep thought coz im psychologyst dear). dan saya masih mencuba untuk menjadi bonda yg terbaik sampy ke hari ini.

Kenapa saya pilih untuk menjadi bonda? Sebb keikhlasan hati seorang ibu saja mampu melakukan tugasan berat mcm ni. Kerana kita tahu, marah seorang ibu itu bermakna keperihatinan, tunjuk ajar seorang ibu itu ilmu yg berkekalan dan kasih sayang ibu itu rahmat yg berpanjangan.

So dunia ni satu pentas yg sgt pelik. Makin banyak yg saya nak ajar. Jadi banyak pulak saya belajar.

#  Saya perlu mendidik awak menjadi muslim yg sentiasa bergerak kearah kebaikan, yet i should be a way better muslim than u first (constantly working on it).
#Saya perlu mendidik awak semua menjadi kuat dan kental. Sebaliknya saya pula yg banyak belajar tentang erti kesabaran dan keperihatinan.
# Saya perlu ajar awak semua tentang kepimpinan sebaliknya saya pula belajar untuk sentiasa menjadi tauladan.
#Saya perlu ajar awak semua erti persahabatan dan kerja berpasukan akhirnya awak semua mengajar saya  untuk hidup dalam kasih sayang yg banyak.

Saya sangat berharap Allah swt kurniakan anak kandung yg soleh satu hari nanti. Tapi jika takdirnya umur saya tidak panjng dan rezki saya tiada, saya juga sudah sangat bersyukur ada anak2 soleha/solehah mcm semua orangers. Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian besar hidup saya.

Bonda ikhlas sayangkan semua.



.