Tuesday, August 13, 2013

Surat Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.

Kepada kau yang bernama hati.
Selamat jalan.

Aku menjadi aneh dengan rasa yang Allah swt kurniakan. Cuma yang satu ini. Kenapa? dan apa fungsinya aku tidak tahu.

Kenapa aku membawa rindu sepanjang hidupku?. Aku jadi rindu apabila berjauhan. Aku jadi rindu apabila berhadapan. Aku membawa kasih yang panjang dan berpanjangan. Aku jadi marah, aku jadi sayang, aku rasa terhina, aku jadi kecewa dan benci tetapi aku masih rindu. Rindu adalah daerah hati aku yang paling aneh.

Namun aku bersyukur, disebabkan rindu itu aku sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Berusaha menjadi wanita paling cerdik, paling cantik dan paling baik, semata-mata untuk menjadikan aku dirindui kembali. Berusaha sepanjang tahun untuk menjadi yang paling sempurna untuk detik sesaat pada setiap satu syawal. Berusaha dengan sepenuh jiwa untuk "dipandang" dengan mata hati tentang betapa aku menjadi sempurna disebabkan rindu yang aku tanggung. Hampa dan sia-sia.

Tidak ada sesiapa yang aku salahkan. Ini percaturan tuhan dalam mendidik aku menjadi manusia yang sempurna. Bukan salah kau jika rasa itu Allah yang hadiahkan. Kesakitan yang sangat indah dan asyik. Sentiasa menjadi pembakar semangat di setiap lorong sunyi kehidupan yang aku tanggung.

Masa telah berlalu meninggalkan aku. Banyak peluang yang telah aku korbankan demi sebuah rindu yang aku tidak faham. Telah banyak lamaran yang aku tolak demi menjulang rindu aku ke tempat paling tinggi dalam hati. Aku yakin ada hikmah jika aku menanti. Ada keajaiban akan muncul di kemudian hari. Mustahil.

Jadi selamat jalan duhai kau yang bergelar hati. Ku matikan rinduku demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Demi hidupku yang tidak akan ku sia-siakan lagi. Demi peluang-peluang yang tidak akan aku lepaskan lagi. Terima kasih kerana dengan menjadi rindu aku menjadi wanita. kerana rindu itu juga aku menjadi aku.

Selamat jalan dan aku akan pastikan rindu itu tidak kembali.






No comments:

Post a Comment