Monday, May 4, 2015

SEBUAH MIMPI YANG MAHAL.

Assalamualaikum...

This post should be serious because it is serious matter.

Alkisahnya, dipendekkan perjalanan kisah yang panjang, Miss Lynn ditimpa penyakit yg tidak siapa tahu apa puncanya. (let me keep it personally here). Puas semua doctor dan ustaz kami jejak. Semua bertahan sekejap dan semua simtom sakit tu x pernah hilang . Susah nak fahamkan org sihat macm mana rasanya sakit yang tak nampak tu sebb lebih mudah kita tuduh org mengada2 daripada kita belajar untuk faham apa yg org lain rasa. Benda ni nature dalam masyarakat kita. But trust me, xda org sihat dalam dunia ni yg waras pemikirannya nak mengaku sakit kalau tak sakit.

Then, i keep praying and asking Allah... "what should i do?"

Satu malam selepas solat taubat dan  sebuah sujud panjang (jauhkanlah bunyi riak dan takbur dalam ayat ni), dalam keadaan masih berwuduk Miss Lynn terlena.

Mimpi yang nyata dan jelas. Miss Lynn bermimpi daripada tidur Miss Lynn tadi, Miss Lynn bangun untuk sambung solat, tetapi anehnya kali ni Miss lynn berdiri diatas sejadah dengan berbaju kemeja dan juga berseluar jeans. Miss Lynn jadi malu nak solat. Solat Miss Lynn jadi berterabur dan x menentu. Miss Lynn rasa MALU. Ya, susah nak explain tapi itulah perasaannya dalam mimpi tu. MALU.

Dalam keadaan serba salah, tiba2 ada suara menyapa Miss Lynn ...

"Kenapa xsambung solat?"

"Aurat tutup xsempurna" Miss Lynn jawab.

"Aurat kena tutup masa menghadap Allah.. Jadi kenapa tak tutup masa menghadap manusia?."
  
Miss Lynn diam. Masih MALU. Tunduk merenung sejadah.

"Allah nampak sepanjang masa. Bukan nampak ketika solat. Islamlah sepanjang masa. Jika tidak diterima solatnya kerana tidak menutup aurat, bayangkan sepanjang usia awak aurat tidak ditutup dengan sempurna.. kalau mati.. ada solat yang boleh dibawa?"

Miss Lynn takut. "Tak ada solat yang boleh dibawa?" *cry*

Then Miss Lynn terjaga. YA ALLAH, Takutnya. Bagaimana kalau betul2 tak ada solat Miss Lynn yg diterima??.

Dalam keadaan malu dan takut selepas bangun tidur Miss Lynn Berazam. Inilah detiknya dan apa juga cabarannya akan bermula sebuah hijrah. Miss Lynn bertudung sebelum ini, tapi kali ini buat pertama kalinya Miss Lynn benar-benar mencari definisi aurat yang sempurna. Macam2 reaksi Miss Lynn dapat sejak mengenakan tudung labuh sikit. namun yang pastinya, rasa malu disndir itu lebih sedikit berbandaning malu nak menghadapa Allah nanti.

Miss Lynn bukan ustazah dan masih banyak belajar dan mencari. Namun, terasa bertanggungjawab berkongsi dengan yang lain-lain untuk dijadikan iktibar. 

ikhlas ,
new branding MASLINA BAHTUN.



Tuesday, August 13, 2013

Surat Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.

Kepada kau yang bernama hati.
Selamat jalan.

Aku menjadi aneh dengan rasa yang Allah swt kurniakan. Cuma yang satu ini. Kenapa? dan apa fungsinya aku tidak tahu.

Kenapa aku membawa rindu sepanjang hidupku?. Aku jadi rindu apabila berjauhan. Aku jadi rindu apabila berhadapan. Aku membawa kasih yang panjang dan berpanjangan. Aku jadi marah, aku jadi sayang, aku rasa terhina, aku jadi kecewa dan benci tetapi aku masih rindu. Rindu adalah daerah hati aku yang paling aneh.

Namun aku bersyukur, disebabkan rindu itu aku sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Berusaha menjadi wanita paling cerdik, paling cantik dan paling baik, semata-mata untuk menjadikan aku dirindui kembali. Berusaha sepanjang tahun untuk menjadi yang paling sempurna untuk detik sesaat pada setiap satu syawal. Berusaha dengan sepenuh jiwa untuk "dipandang" dengan mata hati tentang betapa aku menjadi sempurna disebabkan rindu yang aku tanggung. Hampa dan sia-sia.

Tidak ada sesiapa yang aku salahkan. Ini percaturan tuhan dalam mendidik aku menjadi manusia yang sempurna. Bukan salah kau jika rasa itu Allah yang hadiahkan. Kesakitan yang sangat indah dan asyik. Sentiasa menjadi pembakar semangat di setiap lorong sunyi kehidupan yang aku tanggung.

Masa telah berlalu meninggalkan aku. Banyak peluang yang telah aku korbankan demi sebuah rindu yang aku tidak faham. Telah banyak lamaran yang aku tolak demi menjulang rindu aku ke tempat paling tinggi dalam hati. Aku yakin ada hikmah jika aku menanti. Ada keajaiban akan muncul di kemudian hari. Mustahil.

Jadi selamat jalan duhai kau yang bergelar hati. Ku matikan rinduku demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Demi hidupku yang tidak akan ku sia-siakan lagi. Demi peluang-peluang yang tidak akan aku lepaskan lagi. Terima kasih kerana dengan menjadi rindu aku menjadi wanita. kerana rindu itu juga aku menjadi aku.

Selamat jalan dan aku akan pastikan rindu itu tidak kembali.






Monday, April 1, 2013

pelik tapi benar edisi Wani

Kali ni entry pelik tapi benar melibatkan adik kesayangan i
#tgndibahumatakeatas.

Situasi
Atas kereta on the way balik rumah daripada dominos pizza.

Keanehan

Wani reveal satu teknik makan Dominos yang sanagt menarik perhatian.

Step 1 : Terburu2 buka kotak Pizza yang mengandungi kepingan yang panas dan segar dari oven.

Step 2 : Dgn seberapa pantas sentuh Pizza panas tersebut untuk di tarik

Step 3 : lepas Pizza tersebut sambil tepuk tagan 3 kali sebagai usaha untuk menghilangkan panas tgn. #clapclapclapclap.

Step 4 : Cuba sentuh kembali pizza panas tersebut tanpa kesedaran sivik untuk menunggu Pizza tersebut sejuk terlebih dahulu

Step 5 : Ulang step 3 & 4 sehingga Pizza tersebut sejuk sendiri.

Step 6 : Mengunyah dengan penuh nikmat PIzza tersebut sambil tersengih2 tanda beliau teruja dapat makan setelah berusaha keras.

Aneh.

Friday, February 8, 2013

Surat Cinta Dari Allah

Kematangan itu sesuatu yang sukar dicari. Pencarian yang perlu menggunakan mata hati.

Mudah untuk menjadi pandai tetapi sukar untuk menjadi bijaksana.
Senang untuk menjadi cantik tetapi payah untuk menjadi indah.
Ramai mampu jadi orang yang baik tetapi sangat sedikit mereka dari kalangan orang yang baik-baik.

Banyak sangat Post ML kat blog ni merayu dan berdoa untuk jadi muslimah yang terbaik. And now i think  Im hipocrite. ML selalu berharap tapi ML xpernah berani. Xpernah berani untuk mengorbankan rasa suka Ml untuk keindahan beragama.

Kisahnya bermula disini...

Satu hari sewaktu ML outstation.. tengah bergolek2 malas atas katil, mata protes xnak lena.WIDE AWAKE during middle of the night. Great. hmmfhh

ML capai tab ML dan surf net seperti biasa. Then one of my closed friend tag fb ML dgn Kisah Menyayat Hati : 14 Hari Sebelum Meninggal Dunia  tentang seorang pelajar Utem : Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir.

" Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
_Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir._


ML sangat terpukul.

Betapa arwah mencintai agama dan Allah tanpa syarat. ML terpaku dan terpana. banyak peristiwa yg Ml abaikan sebelum tu muncul kembali. Buat hati Ml gundah dan rasa jaga dan tidak mengantuk malam tu bagai sebuah hukuman panjang buat Ml.

Peristiwa 1

Hari Raya Pertama : Kawan baik Ml yg dah lama xjumpa akhirnya berkumpul untuk beraya. Ml macam biasa melaram dengan kebaya pendek hitam yg ML beli khas utk hari raya.Then kawan baik Ml tegur

"kalau aku baca blog hang, aku xpercaya ag bley pakai ranggi macam ni lagi... Xlah alim sangat rupanya"

ML terpaku tp turut serta dalam hilai ketawa kawan2. Tp ada hembusan kegelisahan di hati kecil yg ML abaikan.

Peristiwa 2

ML biasakan utk membawa tasbih bersama2 ke mana saja dlm aktiviti harian ML. Bila Ml terjebak dalam ceramah yg bosan dalam mana2 kursus yg Ml kena hadiri Ml akan pakai untuk berzikir (jauhkanlah diri ML daripada sifat riak bila Ml cerita perkara ni). Hanya sekadar penceritaan biasa.. bukan untuk disanjung2.

Then kawan baik Ml yg lain pula nampak tasbih yg Ml guna utk berzikir di tas meja secara tidak sengaja. Dalam nada berseloroh kawan ML ni kata

" tasbih besar2 pon xguna juga kalo baju ketat"

Sekali lagi ML ikut2 ketawa tapi kegelisahan hati kecil ML kali ni lebih kuat.

Then mlm ni pula Ml baca kisah Arwah Siti hajar. Gendang gelisah berdentum sampai pagi dan ML lgsg xboleh melelapkan mata. Kesokkan paginya Ml berpakai sut brown lengkap dengan tudung sedondon Ml pakai untuk menhadiri kursus. Tiba2 ml rasa nak muntah tengok refleksi sendiri dalam cermin. Tertutupkah aurat aku?

Peristiwa 3
 Ml col kawan Ml yg tag cerita tu di fb Ml dan Ml soal dia

"do u think im not a good muslimah?

Of course lah kawan Ml tu tercengang xtau nak respons. Ml cerita secara ringkas pasal ketidaktenteraman hati Ml dan Ml sambung

"rasanya ni ker hidayah untuk aku berubah"

Then kawan Ml respons

"kalo kita berniat nak berubah tapi xubah2... sampy bila kita nak buat. Mcm mana kalo esok tu kita dah x ada peluang"

Ml tersedar kali ni dan dengan kuasa Allah Ml demam dan muntah2 sepanjang perjalanan pulang dr outsation hari tu.

Kesokkannya Cik Daly datang ajak Ml keluar beli brg. ML singgah di kedai tudung dan Ml beli tudung baru dengan saiz yg baru afdal dan sesuai dgn kesanggupan ML. 

Saya dah mulakan dengan langkah yg kecil. Menutup aurat bukan sekadar formaliti tetapi menjalani kehendak agama dengan kepercayaan bahwa setiap perintah Allah itu benar dan setiap janjiNya adalah pasti.

Tuan guru pernah bagi tahu Ml, jgn beriman kepada baju. Jangan munafik disebabkan pakaian. Berubahlah bila kita diseru untuk berubah. Hari ni In sha Allah Ml yakin. Ml tidak meletakkan nilai iman itu kepada baju. tapi sekiranya dengan berpakaian lebih tertib itu menimbulkan kepatuhan dan memelihara iman, maka Ml harap penghijrahan kali ini adalah sesuatu yg barakah dan istiqomah.

Doakan Ml kawan2. dan Ml setiasa memohon agar jgnlah ketetapan hati ini dibolak balik. Kerana hari ini secara kecilnya Ml telah berjaya menjadi muslimah yg tunduk kepada sifat malunya kepada Allah swt. (cita2 Ml dr dulu).

Kepada Arwah. Dia telah berjaya mengubah pintu hati saya dengan kehendak Allah.

Buat kawan Ml yg tiba2 ada kekuatan utk berhujah kepada Ml terima kasih

U know who u are.

Alhamdulillah.




Friday, January 4, 2013

not so bad 2013

how your new year peeps?
mine is quite mind blowing..

first day keje dalam tahun baru ni sgt aneh kejadiannya. hahahaha
dimulakan dengan plan awal pagi nak pakai  brown suit.tgh sibuk meng'Iron' tudung dgn penuh semangat. tup2..... berlubang.aiseh....
terpqksa capai ja baju dengan tema aku redha seadanya . pink is also nice okay.

bila dah kena hon berkali2 ngan mr abah baru Ml terima kenyataan bahawa Ml kena redha sebb jam dah lewat sgt utk bergaya. waktu  Ml berlari anak ke kereta sambil mengunyah breakfast yg mmg super fast..... i saw my reflection in the mirror. owh shoot!!!!!!!

Lupa yg shirt yg Ml pakai tu jarang n im not wearing inner. orait now im gonna be PSP victoria secret model for th whole day. nk xnak terpaksa la pakai blazzer smpy petang.

thats not all.tudung pink yg Ml pakai plak betol2 xmahu bekerjasama. bad tudung day. penat betulkan tp awning tudung tu tetap jd makcik2 shape.

lunch hour Ml mmg terpaksa kuar beli brg utk program... guess what. im wearing selipar jamban g office guys.....hahahaha Ml terpaksa pakai spare shoes yg dah ancient terbiar kt opih... Ml sarung jugak kasut yg menyakitkan tu g jj. tgh sibuk memilih brg kat Mr DIY tetiba Ml rasa xselesa ...owh no auntie P  is visiting rupanya.... Ml rush ke watson utk libress... great... mcm xsempat besok dia nak buat kunjungan....

then yg paling best, masa Ml di aunties ann tapau lunch, my savior shoes is breaking.... kasut tu patah n pecah... imagine....hadoih..... Ml buang kasut tu jam yu juga di parking lot. dan saya berkaki ayam balik ke opih. yes barefoot.

tetapi yg anehnya Ml lgsg xbad mood... wpon mcm2  dugaan i still manage to laugh at myself. happy sangat. rasa lawak sangat. pelik.  so i think 2013 adalah tahun yg menunjukkan kekuatan saya dalam apa juga situasi. harap2 mcm tu lah sampy ke sudah... yeyay.

Sunday, December 30, 2012

2012 wishlist

2 More days to go to new year 2013.

Sebagai manusia biasa yg banyak cita2 mesti kita dah senaraikan benda2 yg kita nak untuk sepanjang tahun 2013 kan? 

Tapi hari ni Ml xnak bincang wishlist untuk tahun depan lagi.
Now im gonna reveal semua wishlist Ml yg dah tercapai sepanjang tahun 2012.
 Check it out peep



Ok. Cuba tengok betol2 screen shot kat atas. Im not kidding. Lepas ML baca jek keputusan hari tu ML terus solat syukur. 
5 kali Ml ambil ujian ni. 4 kali kandas. Sepanjang 3 tahun di UMS dulu satu paper pon ml xpernah repeat. tapi sejak mula kerja tahun 3 baru Ml lulus ujian ni. funny rite?  Thats fact. Sumtimes betul juga Ml rasa semua ni base on luck. 
Ml jawab sama jek macam ML kandas dulu tapi lulus jek pon kali ni. 
Nak lepas exam ni punya lah azab n bergelen2 airmata ML tumpah. 

"saya lulus sebb saya study. awak xstudy ker?"
"nak exam kena buat persediaan awal"
"owh.... ada org xlulus2 exam lagi kat cni rupanya"
"la... dah lama keje xkonfirm g ker?"
"lanjut setahun jek tau... kalo x dismiss" 
alhamdulillah ML x kena pon Lanjutan Percubaan pperkhidmatan

People dont wanna hear what make u feel the worst because they just wanna say something bad about others to feel better about themselve. trust me.
now, im good.
Alhamdulillah Ml terpilih  antara rakan2 yg di uji. So kami kenal erti keberkatan dan rendah diri.




ha yang ni wishlist kedua tercapai. nak beli dah bertahun, akhirnya Ml pejam mata beli juga. 
Mahal (bg justifikasi org susah mcm ML).
But i think its wotrhwhile.
Berbaloi.




Im not really a gadget person. Tapi ML memang bercadang nak beli memandangkan semua kawan2 psychoff even orangers pon antisosial sekarang. Semua egang fon. kalo nak cakap ngan org sebelah kita... Tweet lagi cepat dia response. 
So i had to buy it.
and
i loveeeeeeeeeeeeee it much more than i ver imagine.


Om have a great laugh then.
Ml baru nak amek lesen kereta
At least im doing sumthing about it.



So i think 2012 banyak uji mental n fizikal ML but nothing i do regret.

ML ada cita2 dah lama untuk 2012, i wanna get married on
 20.12.12
(cita2 dr form 3 nih)
Tapi kita hanya mampu merancang coz Allah have a better plan for me.

welcome 2013 coz i have a lot more wishlist need to be fulfilled.



Pelik Tapi Benar 2

Nak buat siri la Pelik tapi benar nih. Thanx Caloin n Gjul coz jadi 1st entry haritu.

Situasi

Misz Lynn gunakan tandas stesen minyak satu hari.

Pelik
Setelah selesai urusan sebelumnya, ML terus ke sinki nak cuci tangan. makin di amati makin benar pulak vision ML. Erm...tandas ni xpakai liquid hand wash tapi pakai sabun buku. X aneh kan???/

Yang anehnya dia pakai sabun FAB buku. sabun BASUH KAIN.

Aneh.

.