Friday, February 8, 2013

Surat Cinta Dari Allah

Kematangan itu sesuatu yang sukar dicari. Pencarian yang perlu menggunakan mata hati.

Mudah untuk menjadi pandai tetapi sukar untuk menjadi bijaksana.
Senang untuk menjadi cantik tetapi payah untuk menjadi indah.
Ramai mampu jadi orang yang baik tetapi sangat sedikit mereka dari kalangan orang yang baik-baik.

Banyak sangat Post ML kat blog ni merayu dan berdoa untuk jadi muslimah yang terbaik. And now i think  Im hipocrite. ML selalu berharap tapi ML xpernah berani. Xpernah berani untuk mengorbankan rasa suka Ml untuk keindahan beragama.

Kisahnya bermula disini...

Satu hari sewaktu ML outstation.. tengah bergolek2 malas atas katil, mata protes xnak lena.WIDE AWAKE during middle of the night. Great. hmmfhh

ML capai tab ML dan surf net seperti biasa. Then one of my closed friend tag fb ML dgn Kisah Menyayat Hati : 14 Hari Sebelum Meninggal Dunia  tentang seorang pelajar Utem : Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir.

" Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
_Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir._


ML sangat terpukul.

Betapa arwah mencintai agama dan Allah tanpa syarat. ML terpaku dan terpana. banyak peristiwa yg Ml abaikan sebelum tu muncul kembali. Buat hati Ml gundah dan rasa jaga dan tidak mengantuk malam tu bagai sebuah hukuman panjang buat Ml.

Peristiwa 1

Hari Raya Pertama : Kawan baik Ml yg dah lama xjumpa akhirnya berkumpul untuk beraya. Ml macam biasa melaram dengan kebaya pendek hitam yg ML beli khas utk hari raya.Then kawan baik Ml tegur

"kalau aku baca blog hang, aku xpercaya ag bley pakai ranggi macam ni lagi... Xlah alim sangat rupanya"

ML terpaku tp turut serta dalam hilai ketawa kawan2. Tp ada hembusan kegelisahan di hati kecil yg ML abaikan.

Peristiwa 2

ML biasakan utk membawa tasbih bersama2 ke mana saja dlm aktiviti harian ML. Bila Ml terjebak dalam ceramah yg bosan dalam mana2 kursus yg Ml kena hadiri Ml akan pakai untuk berzikir (jauhkanlah diri ML daripada sifat riak bila Ml cerita perkara ni). Hanya sekadar penceritaan biasa.. bukan untuk disanjung2.

Then kawan baik Ml yg lain pula nampak tasbih yg Ml guna utk berzikir di tas meja secara tidak sengaja. Dalam nada berseloroh kawan ML ni kata

" tasbih besar2 pon xguna juga kalo baju ketat"

Sekali lagi ML ikut2 ketawa tapi kegelisahan hati kecil ML kali ni lebih kuat.

Then mlm ni pula Ml baca kisah Arwah Siti hajar. Gendang gelisah berdentum sampai pagi dan ML lgsg xboleh melelapkan mata. Kesokkan paginya Ml berpakai sut brown lengkap dengan tudung sedondon Ml pakai untuk menhadiri kursus. Tiba2 ml rasa nak muntah tengok refleksi sendiri dalam cermin. Tertutupkah aurat aku?

Peristiwa 3
 Ml col kawan Ml yg tag cerita tu di fb Ml dan Ml soal dia

"do u think im not a good muslimah?

Of course lah kawan Ml tu tercengang xtau nak respons. Ml cerita secara ringkas pasal ketidaktenteraman hati Ml dan Ml sambung

"rasanya ni ker hidayah untuk aku berubah"

Then kawan Ml respons

"kalo kita berniat nak berubah tapi xubah2... sampy bila kita nak buat. Mcm mana kalo esok tu kita dah x ada peluang"

Ml tersedar kali ni dan dengan kuasa Allah Ml demam dan muntah2 sepanjang perjalanan pulang dr outsation hari tu.

Kesokkannya Cik Daly datang ajak Ml keluar beli brg. ML singgah di kedai tudung dan Ml beli tudung baru dengan saiz yg baru afdal dan sesuai dgn kesanggupan ML. 

Saya dah mulakan dengan langkah yg kecil. Menutup aurat bukan sekadar formaliti tetapi menjalani kehendak agama dengan kepercayaan bahwa setiap perintah Allah itu benar dan setiap janjiNya adalah pasti.

Tuan guru pernah bagi tahu Ml, jgn beriman kepada baju. Jangan munafik disebabkan pakaian. Berubahlah bila kita diseru untuk berubah. Hari ni In sha Allah Ml yakin. Ml tidak meletakkan nilai iman itu kepada baju. tapi sekiranya dengan berpakaian lebih tertib itu menimbulkan kepatuhan dan memelihara iman, maka Ml harap penghijrahan kali ini adalah sesuatu yg barakah dan istiqomah.

Doakan Ml kawan2. dan Ml setiasa memohon agar jgnlah ketetapan hati ini dibolak balik. Kerana hari ini secara kecilnya Ml telah berjaya menjadi muslimah yg tunduk kepada sifat malunya kepada Allah swt. (cita2 Ml dr dulu).

Kepada Arwah. Dia telah berjaya mengubah pintu hati saya dengan kehendak Allah.

Buat kawan Ml yg tiba2 ada kekuatan utk berhujah kepada Ml terima kasih

U know who u are.

Alhamdulillah.




No comments:

Post a Comment