Thursday, June 23, 2011

Steven Aitchison : 21 days to a new habit.

Bahan yang misz Lynn baca daripada penulis blog Change Your Mind And Change Your Life ini membuat misz lynn terpanggil untuk share briefly beberapa fakta menarik yang terkandung dalam artikel ini. Semoga bermanfaat dan dapat disesuaikan dalam konteks kehidupan seharian kita.

*       Kajian membuktikan yang setiap tabiat baru dapat dikekalkan selepas amalan selama 21 hari.
*       Jika anda memulakan suatu tabiat baru, (contoh : berhenti merokok, mula bersenam) jangan beritahu diri anda( minda sedar) bahawa anda terpaksa lakukan perubahan itu seumur hidup tetapi anda hanya perlu lakukan perubahan itu selama 21 hari.
*       Jika anda memberitahu diri anda bahawa perubahan ini perlu dilakukan seumur hidup, banyak perkara yang anda pertimbangkan dan kebiasaanya membawa kepada perasaan ragu-ragu. Perasaan ragu-ragu ini selalunya merencatkan setiap tindakan yang anda akan ambil.
*       Selepas 21 hari, tabiat baru dan rutin baru akan terbentuk dan minda sedar anda akan dapat membuat pertimbangan yang lebih jelas dan wajar.
*       Jadi mulai esok, jika ada perubahan yang perlu anda lakukan, cuba secara istiqamah selama 21 hari. Dan lihat sendiri hasilnya.

Misz lynn  pernah bagitahu  seorang kawan untuk menukar rutin selama 21 hari lepas dia break off. Alhamdulillah selepas 21 hari perubahan ketara berlaku pada status emosi dia.

 Sometimes youdont miss the person,  you just miss the routine..( hanis zalikha kater lam blog dier) 


P/s : klu ader ayat tersekima sket kat atas abaikan, coz ni artikel yg misz lynn selalu post secara rasmi kat opih. kui3! cut n paste blik jek. hak cipta tetap ori k!~

No comments:

Post a Comment