Thursday, June 23, 2011

Sayang menarik Sayang!

“Sayang menarik sayang, benci menarik benci” –Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Setiap manusia  yang wujud didunia ini mempunyai kebolehan yang sangat berbeza antara satu sama lain. Seharusnya tugas kita adalah untuk saling melengkapi. Selalu sanagt dalam kehidupan seharian kita menjadikan kelemahan orang lain itu sebagai suatu kehebatan buat kita. Namun bukankah lebih manis jika setiap kelebihan yang kita miliki kita jadikan amanah untuk membantu mereka yang lemah?. Dengan belajar untuk melengkapi orang lain, mudah-mudahan diri kita menjadi lengkap.

Jika ada yang membuat kesalahan maafkanlah dia, jangan membenci…..
Jika ada yang jahil bimbinglah dia, jangan menjauhkan diri….
Jika ada yang menyakitkan hati bersabarlah, jangan saling mengeji…..
Doakanlah setiap insan yang selalu menguji kesabaran diri, kerana kita jarang mampu membenci orang yang kita doakan…

Orang yang mencintai ketidaksempurnaan orang lain adalah insan yang paling sempurna hidupnya. Hari ini misz lynn masih belajar untuk menjadi sempurna, InsyaAllah, semoga perkongsian ini dapat menjadikan kita semua insan yang menuju kesempurnaan.

No comments:

Post a Comment