Tuesday, June 21, 2011

Me n Words

Semalam masa blek keje cik Daly singgah amek aku. Macam besalah dah lam keta tuh, walaupun kwn2 xminta mesti aku bg kuliah free. Maklumlah aku ni mudah gastrik kalo dok diam2 jek!.~wakakaka~. tinga cik Daly yg dah imun ngan sora sexy aku ni pon terus mendengar. Aku share ngan dia kuliah AA GYM yg aku dengar

" Buat apa kita nak susah hati dengan sesuatu yg bukan urusan kita. Rezeki, jodoh, ajal, maut tu kan urusan Allah swt. Beribadah dan cintailah Allah tanpa syarat dan permintaan insyaALLAH segalanya dipermudahkan."

then cik daly pon terkesima lah ngan ayat power aku tuh. Malam dia blek umah, dia post kat FB

"Maslina ayat tadi menakjubkan"



Erm... Ilham dari Allah ni misteri. macam mana aku bley kuarkan ayat2 yg power
(hahahah kewajaran aku dapat miss sentiasa pasan) nih aku pon xtau. laju jek Allah bg Ilham. Kerap sangat jadi bila aku ada masalah berat, mesti aku dapat klien yg ada masalah yg similiar ngan Aku. then tetiba jek dapat ilham nak menolong. Akhirnya bila klien dah blik akhirnya aku sekali terlopong. Maknanya dalam menolong orang ni, Allah tolong selesaikan masalah aku sekali. Ajaib kan?
Pernah sekali tu masa aku bg ceramah, ada pakcik tu sampy nangis.*-*. Lorh!
2 Bulan lepas pon perkara yang sama juga jadi, ada dua org kakak ni kata ceramah aku bg menusuk jiwa. Adeh.... yer ker? ngeh3! Kembang idung jap o.o

Tapi tu sumer cakap manusia besa cam aku nih yg mudah riak... kui3! Cakap yg sebenarya adalah :: mana ada daya manusia nak berfikir kalu bukan dengan bantuan Allah swt. Aku xdak power n aku xdak kuasa (bukan samer ker?) . Aku yakin aku khalifah yg dipilih untuk berkata2. n aku harap sangat dengan kata2 aku ni aku dapat didik ramy org supaya mencintai yg maha memberi ilham. Carilah bakat korang... aku yakin semua insan lam dunia ni dicptakan dengan kelebihan yg dipinjamkan. jadi ayuh beraksilah... Banyak insan dalam kesusahan diluar. ~~

kalo wanie baca entry ni aku just nak bagitahu entry ni aku tulis sempena dengan soklan dia ritu

"Macam mana Ag beley terer ngat bercakap"

 Sebenarnya dia dah letey kene bletey ngan aku~!huhu~

Sunday, June 19, 2011

**i want to be me!**

Kawan aku tulis status facebook dia " i used to be me".. Funny huh? i used to feel the same thing. Selalunya orang akan kata hidup ni singkat sangat tp sebenarnya dlm tempoh yg singkat tu la kita ada kisah hidup yg sgt panjang. Erm.... tadi aku belek2 gambar lama, dr zaman study sampy la zaman awal keje. I used to be happy n gorgeous(hahaha~~~ wajar la aku memang kuat pasan) @ 1 point. But now, ak stress setiap kali nk bergambar. May be physically memang aku da drasticly change la. Aiyoooh!*_*. 




Tapi yang lebih nyatanya aku dah xMINAT. Hilang minat nak enjoy2 macam zaman memuda dulu. Dulu ada jek menda yg aku nak buat. Idea nak menjahanamkan gaji jgn ceriata la. banyak sangat.(sampy xcukup gaji yg nak dijahanamkan aku la.kiu3!). Tapi phase aku sekarag dah berubah. Dah hilang minat kat semua benda. SEMUA BENDA. i keep simple wif ma life :::: Bangun --> keje-->blik--> mkn--> Tdo.  mana x burink. yet i have no answer 4r my own question. :: Y AM I TURNING TO BE BORING???? > I do read a lot l8ly n thats seems to be all my xtvt. My life stop moving! HELP!!!!!!!!!!!!!!  I used to be me n i need myself bacK!


Thursday, June 16, 2011

Altruistic Love!

Boleh x kita mencintai tanpa syarat?. Xtually susah nau nak buat... Sayang orang tapi x minta orang sayang kita blik... ermmm memang payah. Tapi aku dah lama belajar... tu la kunci kebahgiaan sebenar... kalo baca medium english selalunya dia sebut Altruistic tapi sebenornya kalo kaji blik konsep di sama jek macam ikhlas... Aku beriman pada qadak n qadar, so aku percaya hanya Allah sahaja yang layak bagi ganjaran, bukan manusia. Kalo hari ni kita buat bek ngaan orang sebab nak orang tu buat baik blik kat kita mungkin kita kecewa... sebab kalo dia buat baik blik pun blum tentu kita puas hati... Then bila kita buat baik tanpa syarat ni  kadang2 kita lebih bahagia daripada apa yg kita jangka..

Harini start dengan cuba bagi org lain gembira tanpa syarat nak suh org lain bagi kita gembira blik. Percayalah x esok lusa ada plak la orang buat bek kat kita tanpa minta apa2!.  Erm aku teringat plak kesah masa kat UMS dulu...
Ada la sekali nak cuti raya ni... aku n fwen,  ieda nak blik kg. Dah tempah la keta sapu (dah nama dia sapu nak panggil aper g kan) nak suh antor g epot.... Then rerupenyer mamat sapu tu (A bukan nama sebenar) leh plak luper ada apointment ngan kitorg, slamber badak jek dia p amek job len... ish3!!!!!.  Time dah suntuk sgt nak g epot n tinggal sejam jek sebelum kami kena tinggal dek flite. A yg mangkuk td pon dgn slambernya kata kat kami 

"xper weh kawan aku leh antar, t bayar kat dia la"

Kitorg yg xsempat nk marah sebb nebes xbley blik kg ni pon terus setuju. Kami nek keta kawan A la kiranya ari tu. Mamat baru ni plak sepanjang jln punyer la bek... Siap tlg agkut beg lagi (berat woo dengan khazanah alam). Then dia cerita lah yg dia bkn student tp freelance photographer kat UMS... blalala.... Kami pon ok jek la dah ingatkan dia nak buat income lbey antor budak g epot... Xsyak aper2 g la masa ni.

Tup2 masa dah kat epot,  cik ieda kawan aku ni pon kuarkan la duit nak bg kat dia ... Janji ngan A 40 hengget so kami bayar kat mamat ni pon 40 la. Tiba2 dia cakap 

"Saya ikhlas tolong hantar ni... bukan sebab nak duit. saya takut adik terlepas flite." 

Erkkkkkk.....?! Terus tergamam kami dorg... speechless kejap dowh. Mati2 ingatkan dia buat keta sapu gak walaupun keta canggih. N bertambah terkejut g dia siap bagitau yang A tu bukan kawan dia. A jumpa dia kat kafe minta tlg antor kami ke epot. Erk lagi...??????????????????!!!!!!!!!! 


Dah la dia tolong angkat beg2 kami yg berat tu sampai atas troli epot. Xamek duit pong... nama dia pon dia xcakap, nama kami pon dia xtanya. Mulia sungguh kan?

Anyway, aku xtau siapa dia... tapi aku yakin dia ikhlas menyayangi semua org lam dunia ni seadanya tanpa minta balasan. Aku doakan perjalanan idup dia sentiasa mudah sebagaimana dia memudahkan perjalanan kami hari tu INSYALLAH. Buat A : Konghajor ko kan?!!!








Monday, June 13, 2011

MizZ lynN's Hobby.

Karangan saya pada pagi yang mulia ini bertajuk hobi saya. Mizz lynn akan menunjukkan kepada anak2 suatu contoh hobi yang sangat baik iaitu : MAKAN! nyum3!. ~~hahahha~~~

Funny though its true. memang hobby aku makan. Daripada makanan eksentrik sampai la makanan yang komersial semua aku suka. ~ huhu~~

Tapi makan tu hobi sampingan. Hobi yang sebenarnya adalah bergambar di kedai makan. Serius... kadg2 baru aku pasan yg klu nak dicongak jumla pose aku kat kedai makan ni memang sgt melambak. Jenuh berpanas lelah org amek gba kat taman bunga (ala2 diiringi lagu seiring dan sejalan) tapi aku lek jek amek gba lam econ. ~~hahah~~ Bijak bukan?

And i think bila amek gba kat kedai makan ni cantik, lighting n interior deco dia dah memang ngam ngan muka aku yg memang wajar diangkat mejadi duta slim world yg belum kurus.ngeh3! lagipun bila bgamba ngan food ni xpayah aksesori lbey, kaler food tu pon dah santek. Neway,  kalu nak share penuh page ngan gba aku. Tapi aku share yg muka bajet jek la kat cni. 

Kenney Rogers Roaster: santek deco dia tapi lam gba  ni nampak aku jek la.
                                   

Tun Jugah Mall food court Kchg
bukan sekadar nasi ayam.


                                              

ice room : ``SSSSSejukkkk````


ma fav pic : nandos

Choc smoothie @ pizza hutt

Jgn tertipu ni outlet a&w cermin blakang tu reflek nandos kat depan kedai .
~huhuhu~~~`



masing2 punya hobi masing2 enjoy la kan. yg penting aku rasa glam masa kat kedai mkn. tapi aku dah maleh bgambo coz dah xmuat lense. kui3!

Wednesday, June 1, 2011

Rahsia Nama Aku!

I begin with my simple n sweet name MASLINA BINTI BAHTUN. Abah aku cakap, nama ni dia pilih sebab masa aku lahir tu, dalam paper ada nama pelajar cemerlang yang nama dia MASLIYANA. but nak sesuaikan dengan muka aku yang comel x hingat ni... ngeh3! abah aku pendekkan jadi MASLINA. Btw kami adik beradik memang kena ada initial MAS kat depan sempena mengenang moyang (nenek abah) yang jaga dia dari kecik. Onyang aku ni nama dia che mas.So nak xnak kena la juga letak nama  MAS. Adik pompuan aku (yang sibuk nak jadik pompuan juga) lahir empat tahun kemudian n abah namakan MASWANI. Punya la nak jadikan kerabat MAS. Naseb bek onyang aku ni nama dia bukan berlian kan? ehikz3!...


~~Maswani n Maslina~~
Dulu2 kekawan sibuk nak panggil aku MAS. Eywuh... xsodap lgsg den raso. Tah aku xbekenan sangat la dipanggil MAS coz aku ni kan dari penang, sat g depa ingat aku ni mami jarum plak. samapai nama pun nak kena ada mas kan? agagagga~

           Then aku didik ler kekwan aku dr zaman sekolah sampy U supaya panggil aku LYNN. saje jek carik glamer.. hahah (dasar xbersyukur).Tapi sampy la dah keje ni ha memang nama tu sentiasa melekat la..

             Tutup bab asal usul nama ni, yang paling penting entry arini aku tulis sebab aku dengar ceramah DMFK semalam cakap nama ni sebenarnya doa untuk diri kita. Apa yg org sebut, itulah doanya. LYNN a.k.a Lin ni bunyik dia dalam bahasa arab membawa maksud lembut.. Ehikz.. Aku ni xlah lembut mana. Tapi aku percaya juga la yg doa org ramy ni terbukti berkesan kat aku. Jiwa aku ni lembut yang hamat... Sensetip nya **``UMANG AI``** asek nak sentap hati mak nak memanjang. Tahap gaban pun xberani nak men fire2 ngan aku. ~~wakakaka~~~ tapi ada juga bagusnya ada jiwa lembut macam aku ni. Sebab aku mudah sangat peka dengan perasaan org len. Naseb bek keje aku ni memang sgt memerlukan kepekaan. Jadi mudah juga la aku empati dalam kes2 aku.

          Neway bagi kekawan yg dah kawen n nak ada anak, pilih la nama yg bawa banyak manfaat bagi budak tu. xder lah dia nangis mekak2 hehari. hahahah... Moga doa kita sentiasa berkesan buat org lain, n semoga doa yang lahir dari hati kita sentiasa doa yang terbaik buat orang lain.

Sunday, March 20, 2011

Peragut yang bodoh!

Aku pon kurang pasti sekarang nih aku ker peragut tu yg bodoh... banyak bukti menunjukkan aku yg bodoh la buat sementara waktu nih.Jap aku nak senaraikan kebodohan aku yg aku xleh maafkan. ekekeke.

1. Aku bodoh sebab dah elok abah aku nak amek blik keje petang tu nak gak blik ngan cik daly nek moto. Nak amek angin kununya walhal g ngentam eskem kt JJ.

2.Aku bodoh sebab aku kuarkan semua duit baki gaji aku bulan ni n aku sumbat lam purse aku.

3. Aku kumpul semua bende feveret aku dalam handbag yg diragut tanpa ragu2. Tasbih abah bagi yang aku xpenah berenggang pon lesap la jawabnya. Buku Tuesday wth Morie yg dah bertahun aku carik pun jalan sekali. Dah la aku baru baca 5 page jek... sungguh cis la peragut tu. x termasuk aku terpaksa redha dengan pemergian henset tercinta bersama dengan segunung contact person yg aku perlu kumpul blik tuh...Nak2 yg aku paling hangin ilang makeup set aku! Sungguh teramat sangat cis sebab semua aku baru jek ganti, guna koleksi gaji bulanan yang aku beli 1 by 1 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! wargh. kalo muka aku mcm jerangkung g ofis next day tu kena faham la. ekekekeke..

4. Aku bodoh sebab bergosip atas moto n xsedar yg mamat tu dah ikut kami dr JJ g.

5. Aku bodoh sebab aku letak handbag kat tengah tanpa sebarang syak wasangka terhadap keharmonian negeri tanah tumpah darahku ini.

Tu sumer yang aku tahu aku bodohlah... Cuma yg aku sakit ati ni.. naper peragut tu lebih bodoh. Hitamnya hati dia nak menilai. semua barang dalam tu jauh lebih berharga daripada cash yang xseberapa tu lah (maklumlah hujung bulan).... Tolonglah klu ada peragut yang terbaca msg ni fahamlah.... korg sesedap meragut org dah tu kami lak yg menanggung azab. Kena report polis. Simcard xleh buat br kalo xder ic sementara (dah kena ari jumaat mana leh nak buat on d spot|), atm card kene bayar 12 hengget, fon xder ni mcm mati sementara lah bg individu yg fames mcm haku ni. heheheh.... yg paling sadis sekali... cuba korg yang prihatin ni (ditujukan khas kepada peragut tegar kat malaysia indah murni ni) fikir macam mana nak urus sumer tu kalo dah xder duit.... papa kedana aku 2 hari. korang yang sangap xder duit... haku pulak kena minta sedekah eh... terpaksa la menebal muka minta tajaan sementara. aishhhh. Akhir kata, aku harap berkat sangat la rezki korg menyusahkan org... boleh bela 3 4 keturunan dengan duit haram lagi ye tak... Ye lah klu korg xder keturunan sapa lagi nak meragut di masa akan datang kan. Xkan kambing jek nak ajar anak dia meragut rumput kat padang... kalo kambing pun bley xkan korg xbley!












Wednesday, March 16, 2011

Strawberry cheese cake ice cream.

Bunyi macam mengada2 jek tajuk post aku arini. huhu~~ mcam kaya sangat eh nak mamam eskem tu hari2. BR kot. Sejujurnya masa zaman dulu2 aku xterbayang pon bley mamam benda2 yang sama harga ngan kasut sekolah aku zaman sekolah rendah ni. Then 1 day, aku gegatal masuk dalam outlets BR kat JJ, kunun nak try jadi org kekaya la... haha~~ Tetiba perkara yang sangat tidak dijangkakan berlaku. I fall in luv with strawberry cheese cake eskem ni.  Love at 1st taste. ekekeke...
Bila mam eskem ni (flavour len xjadik gak) aku rasa happy yg xdapat nak diceritakan dengan kata2. Penah sekali i had a very rough week kat opih, letih n demoralised sangat masa tu. Tetiba aku teringat eskem ni. Aku g  beli n mamam. Then mcam magic aku bley senyum blik pas 2. Ada sekali tu aku g joging (kununnya) ngan cik dali my best fren, letey giler... blik tu bley plak kami singgah BR (sungguh kurang etika kejogingan : ekekeeke). Masuk jek eskem tu lam mulut aku terus rasa segar yang x dapat aku ceriter... hmmmm. mcm membohong jek bunyi cerita aku nih. tp tu la hakikatnya

So korang pernah jatuh cinta? Aku rasa 1 day kalo aku jatuh cinta lagi, mesti mamat tu sama macam strawberry cheese cake eskem kat hati aku.!~~ im waiting 4 Mr Eskem.