Monday, May 4, 2015

SEBUAH MIMPI YANG MAHAL.

Assalamualaikum...

This post should be serious because it is serious matter.

Alkisahnya, dipendekkan perjalanan kisah yang panjang, Miss Lynn ditimpa penyakit yg tidak siapa tahu apa puncanya. (let me keep it personally here). Puas semua doctor dan ustaz kami jejak. Semua bertahan sekejap dan semua simtom sakit tu x pernah hilang . Susah nak fahamkan org sihat macm mana rasanya sakit yang tak nampak tu sebb lebih mudah kita tuduh org mengada2 daripada kita belajar untuk faham apa yg org lain rasa. Benda ni nature dalam masyarakat kita. But trust me, xda org sihat dalam dunia ni yg waras pemikirannya nak mengaku sakit kalau tak sakit.

Then, i keep praying and asking Allah... "what should i do?"

Satu malam selepas solat taubat dan  sebuah sujud panjang (jauhkanlah bunyi riak dan takbur dalam ayat ni), dalam keadaan masih berwuduk Miss Lynn terlena.

Mimpi yang nyata dan jelas. Miss Lynn bermimpi daripada tidur Miss Lynn tadi, Miss Lynn bangun untuk sambung solat, tetapi anehnya kali ni Miss lynn berdiri diatas sejadah dengan berbaju kemeja dan juga berseluar jeans. Miss Lynn jadi malu nak solat. Solat Miss Lynn jadi berterabur dan x menentu. Miss Lynn rasa MALU. Ya, susah nak explain tapi itulah perasaannya dalam mimpi tu. MALU.

Dalam keadaan serba salah, tiba2 ada suara menyapa Miss Lynn ...

"Kenapa xsambung solat?"

"Aurat tutup xsempurna" Miss Lynn jawab.

"Aurat kena tutup masa menghadap Allah.. Jadi kenapa tak tutup masa menghadap manusia?."
  
Miss Lynn diam. Masih MALU. Tunduk merenung sejadah.

"Allah nampak sepanjang masa. Bukan nampak ketika solat. Islamlah sepanjang masa. Jika tidak diterima solatnya kerana tidak menutup aurat, bayangkan sepanjang usia awak aurat tidak ditutup dengan sempurna.. kalau mati.. ada solat yang boleh dibawa?"

Miss Lynn takut. "Tak ada solat yang boleh dibawa?" *cry*

Then Miss Lynn terjaga. YA ALLAH, Takutnya. Bagaimana kalau betul2 tak ada solat Miss Lynn yg diterima??.

Dalam keadaan malu dan takut selepas bangun tidur Miss Lynn Berazam. Inilah detiknya dan apa juga cabarannya akan bermula sebuah hijrah. Miss Lynn bertudung sebelum ini, tapi kali ini buat pertama kalinya Miss Lynn benar-benar mencari definisi aurat yang sempurna. Macam2 reaksi Miss Lynn dapat sejak mengenakan tudung labuh sikit. namun yang pastinya, rasa malu disndir itu lebih sedikit berbandaning malu nak menghadapa Allah nanti.

Miss Lynn bukan ustazah dan masih banyak belajar dan mencari. Namun, terasa bertanggungjawab berkongsi dengan yang lain-lain untuk dijadikan iktibar. 

ikhlas ,
new branding MASLINA BAHTUN.



Tuesday, August 13, 2013

Surat Untuk Hati

Assalamualaikum wbt.

Kepada kau yang bernama hati.
Selamat jalan.

Aku menjadi aneh dengan rasa yang Allah swt kurniakan. Cuma yang satu ini. Kenapa? dan apa fungsinya aku tidak tahu.

Kenapa aku membawa rindu sepanjang hidupku?. Aku jadi rindu apabila berjauhan. Aku jadi rindu apabila berhadapan. Aku membawa kasih yang panjang dan berpanjangan. Aku jadi marah, aku jadi sayang, aku rasa terhina, aku jadi kecewa dan benci tetapi aku masih rindu. Rindu adalah daerah hati aku yang paling aneh.

Namun aku bersyukur, disebabkan rindu itu aku sentiasa memperbaiki diri dari masa ke semasa. Berusaha menjadi wanita paling cerdik, paling cantik dan paling baik, semata-mata untuk menjadikan aku dirindui kembali. Berusaha sepanjang tahun untuk menjadi yang paling sempurna untuk detik sesaat pada setiap satu syawal. Berusaha dengan sepenuh jiwa untuk "dipandang" dengan mata hati tentang betapa aku menjadi sempurna disebabkan rindu yang aku tanggung. Hampa dan sia-sia.

Tidak ada sesiapa yang aku salahkan. Ini percaturan tuhan dalam mendidik aku menjadi manusia yang sempurna. Bukan salah kau jika rasa itu Allah yang hadiahkan. Kesakitan yang sangat indah dan asyik. Sentiasa menjadi pembakar semangat di setiap lorong sunyi kehidupan yang aku tanggung.

Masa telah berlalu meninggalkan aku. Banyak peluang yang telah aku korbankan demi sebuah rindu yang aku tidak faham. Telah banyak lamaran yang aku tolak demi menjulang rindu aku ke tempat paling tinggi dalam hati. Aku yakin ada hikmah jika aku menanti. Ada keajaiban akan muncul di kemudian hari. Mustahil.

Jadi selamat jalan duhai kau yang bergelar hati. Ku matikan rinduku demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Demi hidupku yang tidak akan ku sia-siakan lagi. Demi peluang-peluang yang tidak akan aku lepaskan lagi. Terima kasih kerana dengan menjadi rindu aku menjadi wanita. kerana rindu itu juga aku menjadi aku.

Selamat jalan dan aku akan pastikan rindu itu tidak kembali.






Monday, April 1, 2013

pelik tapi benar edisi Wani

Kali ni entry pelik tapi benar melibatkan adik kesayangan i
#tgndibahumatakeatas.

Situasi
Atas kereta on the way balik rumah daripada dominos pizza.

Keanehan

Wani reveal satu teknik makan Dominos yang sanagt menarik perhatian.

Step 1 : Terburu2 buka kotak Pizza yang mengandungi kepingan yang panas dan segar dari oven.

Step 2 : Dgn seberapa pantas sentuh Pizza panas tersebut untuk di tarik

Step 3 : lepas Pizza tersebut sambil tepuk tagan 3 kali sebagai usaha untuk menghilangkan panas tgn. #clapclapclapclap.

Step 4 : Cuba sentuh kembali pizza panas tersebut tanpa kesedaran sivik untuk menunggu Pizza tersebut sejuk terlebih dahulu

Step 5 : Ulang step 3 & 4 sehingga Pizza tersebut sejuk sendiri.

Step 6 : Mengunyah dengan penuh nikmat PIzza tersebut sambil tersengih2 tanda beliau teruja dapat makan setelah berusaha keras.

Aneh.

Friday, February 8, 2013

Surat Cinta Dari Allah

Kematangan itu sesuatu yang sukar dicari. Pencarian yang perlu menggunakan mata hati.

Mudah untuk menjadi pandai tetapi sukar untuk menjadi bijaksana.
Senang untuk menjadi cantik tetapi payah untuk menjadi indah.
Ramai mampu jadi orang yang baik tetapi sangat sedikit mereka dari kalangan orang yang baik-baik.

Banyak sangat Post ML kat blog ni merayu dan berdoa untuk jadi muslimah yang terbaik. And now i think  Im hipocrite. ML selalu berharap tapi ML xpernah berani. Xpernah berani untuk mengorbankan rasa suka Ml untuk keindahan beragama.

Kisahnya bermula disini...

Satu hari sewaktu ML outstation.. tengah bergolek2 malas atas katil, mata protes xnak lena.WIDE AWAKE during middle of the night. Great. hmmfhh

ML capai tab ML dan surf net seperti biasa. Then one of my closed friend tag fb ML dgn Kisah Menyayat Hati : 14 Hari Sebelum Meninggal Dunia  tentang seorang pelajar Utem : Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir.

" Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
_Arwah Siti Hajar Ahmad Sabir._


ML sangat terpukul.

Betapa arwah mencintai agama dan Allah tanpa syarat. ML terpaku dan terpana. banyak peristiwa yg Ml abaikan sebelum tu muncul kembali. Buat hati Ml gundah dan rasa jaga dan tidak mengantuk malam tu bagai sebuah hukuman panjang buat Ml.

Peristiwa 1

Hari Raya Pertama : Kawan baik Ml yg dah lama xjumpa akhirnya berkumpul untuk beraya. Ml macam biasa melaram dengan kebaya pendek hitam yg ML beli khas utk hari raya.Then kawan baik Ml tegur

"kalau aku baca blog hang, aku xpercaya ag bley pakai ranggi macam ni lagi... Xlah alim sangat rupanya"

ML terpaku tp turut serta dalam hilai ketawa kawan2. Tp ada hembusan kegelisahan di hati kecil yg ML abaikan.

Peristiwa 2

ML biasakan utk membawa tasbih bersama2 ke mana saja dlm aktiviti harian ML. Bila Ml terjebak dalam ceramah yg bosan dalam mana2 kursus yg Ml kena hadiri Ml akan pakai untuk berzikir (jauhkanlah diri ML daripada sifat riak bila Ml cerita perkara ni). Hanya sekadar penceritaan biasa.. bukan untuk disanjung2.

Then kawan baik Ml yg lain pula nampak tasbih yg Ml guna utk berzikir di tas meja secara tidak sengaja. Dalam nada berseloroh kawan ML ni kata

" tasbih besar2 pon xguna juga kalo baju ketat"

Sekali lagi ML ikut2 ketawa tapi kegelisahan hati kecil ML kali ni lebih kuat.

Then mlm ni pula Ml baca kisah Arwah Siti hajar. Gendang gelisah berdentum sampai pagi dan ML lgsg xboleh melelapkan mata. Kesokkan paginya Ml berpakai sut brown lengkap dengan tudung sedondon Ml pakai untuk menhadiri kursus. Tiba2 ml rasa nak muntah tengok refleksi sendiri dalam cermin. Tertutupkah aurat aku?

Peristiwa 3
 Ml col kawan Ml yg tag cerita tu di fb Ml dan Ml soal dia

"do u think im not a good muslimah?

Of course lah kawan Ml tu tercengang xtau nak respons. Ml cerita secara ringkas pasal ketidaktenteraman hati Ml dan Ml sambung

"rasanya ni ker hidayah untuk aku berubah"

Then kawan Ml respons

"kalo kita berniat nak berubah tapi xubah2... sampy bila kita nak buat. Mcm mana kalo esok tu kita dah x ada peluang"

Ml tersedar kali ni dan dengan kuasa Allah Ml demam dan muntah2 sepanjang perjalanan pulang dr outsation hari tu.

Kesokkannya Cik Daly datang ajak Ml keluar beli brg. ML singgah di kedai tudung dan Ml beli tudung baru dengan saiz yg baru afdal dan sesuai dgn kesanggupan ML. 

Saya dah mulakan dengan langkah yg kecil. Menutup aurat bukan sekadar formaliti tetapi menjalani kehendak agama dengan kepercayaan bahwa setiap perintah Allah itu benar dan setiap janjiNya adalah pasti.

Tuan guru pernah bagi tahu Ml, jgn beriman kepada baju. Jangan munafik disebabkan pakaian. Berubahlah bila kita diseru untuk berubah. Hari ni In sha Allah Ml yakin. Ml tidak meletakkan nilai iman itu kepada baju. tapi sekiranya dengan berpakaian lebih tertib itu menimbulkan kepatuhan dan memelihara iman, maka Ml harap penghijrahan kali ini adalah sesuatu yg barakah dan istiqomah.

Doakan Ml kawan2. dan Ml setiasa memohon agar jgnlah ketetapan hati ini dibolak balik. Kerana hari ini secara kecilnya Ml telah berjaya menjadi muslimah yg tunduk kepada sifat malunya kepada Allah swt. (cita2 Ml dr dulu).

Kepada Arwah. Dia telah berjaya mengubah pintu hati saya dengan kehendak Allah.

Buat kawan Ml yg tiba2 ada kekuatan utk berhujah kepada Ml terima kasih

U know who u are.

Alhamdulillah.




Friday, January 4, 2013

not so bad 2013

how your new year peeps?
mine is quite mind blowing..

first day keje dalam tahun baru ni sgt aneh kejadiannya. hahahaha
dimulakan dengan plan awal pagi nak pakai  brown suit.tgh sibuk meng'Iron' tudung dgn penuh semangat. tup2..... berlubang.aiseh....
terpqksa capai ja baju dengan tema aku redha seadanya . pink is also nice okay.

bila dah kena hon berkali2 ngan mr abah baru Ml terima kenyataan bahawa Ml kena redha sebb jam dah lewat sgt utk bergaya. waktu  Ml berlari anak ke kereta sambil mengunyah breakfast yg mmg super fast..... i saw my reflection in the mirror. owh shoot!!!!!!!

Lupa yg shirt yg Ml pakai tu jarang n im not wearing inner. orait now im gonna be PSP victoria secret model for th whole day. nk xnak terpaksa la pakai blazzer smpy petang.

thats not all.tudung pink yg Ml pakai plak betol2 xmahu bekerjasama. bad tudung day. penat betulkan tp awning tudung tu tetap jd makcik2 shape.

lunch hour Ml mmg terpaksa kuar beli brg utk program... guess what. im wearing selipar jamban g office guys.....hahahaha Ml terpaksa pakai spare shoes yg dah ancient terbiar kt opih... Ml sarung jugak kasut yg menyakitkan tu g jj. tgh sibuk memilih brg kat Mr DIY tetiba Ml rasa xselesa ...owh no auntie P  is visiting rupanya.... Ml rush ke watson utk libress... great... mcm xsempat besok dia nak buat kunjungan....

then yg paling best, masa Ml di aunties ann tapau lunch, my savior shoes is breaking.... kasut tu patah n pecah... imagine....hadoih..... Ml buang kasut tu jam yu juga di parking lot. dan saya berkaki ayam balik ke opih. yes barefoot.

tetapi yg anehnya Ml lgsg xbad mood... wpon mcm2  dugaan i still manage to laugh at myself. happy sangat. rasa lawak sangat. pelik.  so i think 2013 adalah tahun yg menunjukkan kekuatan saya dalam apa juga situasi. harap2 mcm tu lah sampy ke sudah... yeyay.

Sunday, December 30, 2012

2012 wishlist

2 More days to go to new year 2013.

Sebagai manusia biasa yg banyak cita2 mesti kita dah senaraikan benda2 yg kita nak untuk sepanjang tahun 2013 kan? 

Tapi hari ni Ml xnak bincang wishlist untuk tahun depan lagi.
Now im gonna reveal semua wishlist Ml yg dah tercapai sepanjang tahun 2012.
 Check it out peep



Ok. Cuba tengok betol2 screen shot kat atas. Im not kidding. Lepas ML baca jek keputusan hari tu ML terus solat syukur. 
5 kali Ml ambil ujian ni. 4 kali kandas. Sepanjang 3 tahun di UMS dulu satu paper pon ml xpernah repeat. tapi sejak mula kerja tahun 3 baru Ml lulus ujian ni. funny rite?  Thats fact. Sumtimes betul juga Ml rasa semua ni base on luck. 
Ml jawab sama jek macam ML kandas dulu tapi lulus jek pon kali ni. 
Nak lepas exam ni punya lah azab n bergelen2 airmata ML tumpah. 

"saya lulus sebb saya study. awak xstudy ker?"
"nak exam kena buat persediaan awal"
"owh.... ada org xlulus2 exam lagi kat cni rupanya"
"la... dah lama keje xkonfirm g ker?"
"lanjut setahun jek tau... kalo x dismiss" 
alhamdulillah ML x kena pon Lanjutan Percubaan pperkhidmatan

People dont wanna hear what make u feel the worst because they just wanna say something bad about others to feel better about themselve. trust me.
now, im good.
Alhamdulillah Ml terpilih  antara rakan2 yg di uji. So kami kenal erti keberkatan dan rendah diri.




ha yang ni wishlist kedua tercapai. nak beli dah bertahun, akhirnya Ml pejam mata beli juga. 
Mahal (bg justifikasi org susah mcm ML).
But i think its wotrhwhile.
Berbaloi.




Im not really a gadget person. Tapi ML memang bercadang nak beli memandangkan semua kawan2 psychoff even orangers pon antisosial sekarang. Semua egang fon. kalo nak cakap ngan org sebelah kita... Tweet lagi cepat dia response. 
So i had to buy it.
and
i loveeeeeeeeeeeeee it much more than i ver imagine.


Om have a great laugh then.
Ml baru nak amek lesen kereta
At least im doing sumthing about it.



So i think 2012 banyak uji mental n fizikal ML but nothing i do regret.

ML ada cita2 dah lama untuk 2012, i wanna get married on
 20.12.12
(cita2 dr form 3 nih)
Tapi kita hanya mampu merancang coz Allah have a better plan for me.

welcome 2013 coz i have a lot more wishlist need to be fulfilled.



Pelik Tapi Benar 2

Nak buat siri la Pelik tapi benar nih. Thanx Caloin n Gjul coz jadi 1st entry haritu.

Situasi

Misz Lynn gunakan tandas stesen minyak satu hari.

Pelik
Setelah selesai urusan sebelumnya, ML terus ke sinki nak cuci tangan. makin di amati makin benar pulak vision ML. Erm...tandas ni xpakai liquid hand wash tapi pakai sabun buku. X aneh kan???/

Yang anehnya dia pakai sabun FAB buku. sabun BASUH KAIN.

Aneh.

.

Wednesday, December 26, 2012

Break Away~!

Everyone shoud have their own sweet break away.
Trust me. Coz it work on me. Wanie its BREAK AWAY not break my  toe. hahahahahha

Awal bulan lepas ML tersidai sekejap memandang berderet surat jemputan meeting n kursus di atas meja. Memandangkan yg orangers tengah cuti semester, so ML memg agak sedikit kebusanan d opih. Walaupun ML agak teruja dapat outststation tapi memang jumlah outstation agak memberi tekanan ok...

Belek punya belek surat2 tuh ML perasaan ada satu kursus n meeting tu ada 4 hari gap n dua2 kat KL. Alang2 dah kat KL baik ML stay jek sana. Tetiba

#tingtingtingting

Idea datang mencurah2. Why dont i bring my two fav aunties along (daly n wanie)  n we can explore KL. hahahahha. Sound boring rite? Eh sukati kamilah, kami punya vacation. Cik daly macam biasa lah bila i propose jek cadangan tu terus terjerit2 gembira ada aktiviti nak buat sebb dia kan tgh cuti sekolah mengajar. Plan dah cantik... tetiba jek c wanie buat cerita sedih dengan closet hari tu. Haish.

Paling menakjubkan, adik saya itu, walaupun kakinya berbalut dan jalannya terhegeh2 beliau masih sudi untuk turut serta bersama kami. hahahahahhahah. Memang xnak mengaku kalah. So plan diteruskan.

Homaigawdddddddddddddd~! seksa rupanya kalo jln2 ngan dua2 makcik ni serentak. They have same mind which make me owez bully victim. Bising cari jalan ya hampun... pekak makcik. Yg bestnya tu masing2 degil n xnak kalah. So boleh bayangkan mcama mana keadaan lam keta My vi makcik daly sepanjang 3 hari tuh?
#Hazab.

Puas berdebat n bersilat lam keta tuh, sampy juga kami ke semua tempat yg dituju dengan tengok signboard jek hokey.
Cuma xsempat nak g I city jek haritu. hurm....

Cik daly n wanie sangat nekad untuk pergi ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya (which i seriously donno y)

Wanie : kita p putrajaya
ML      : kita kan memang dah kat putrajaya.
Daly    : NO!kita xsampy lagi kat Jabatan Perdana Menteri tu.

ML      : Penting ka nk p ctu.
Wanie
n Daly : Pentinglah sebb kalo orang sebut Putrajaya mesti org
            bayangkan bangunan hijau tu dulu. Ag mana tau. Diam~!

^_____________________________________________^

Aneh.

So kami melepaklah sepetang di depan Masjdi Putra n JPM tuh. Trip kali best sebb kami sempat jumpa wawa sebb opih dia kat Bangi jek melampau nau kalo x datang jumpa kitorg nih kan?. Ehem2 ada org berbunga2 cinta nampak gayanya.
hahahahhahahahhahah (dont kil me wa)

Best sangat jalan merata2 xhengat dunia. Selesai meeting Ml kat sana kami terus heading ke Cameron. Day trip jek...tapi hujan n sempat nak explore sana sangat.

Kami terus balik after that sebb ada emergency.

Guess what??? A day after we r home, wanie dapat call from MAS for interview. Two days later i found myself trap in the same car and the same maniac heading to the same place again.
aiyoooh
@__________@



bangunan hijau :p






Ni baju org interview








Miss u wawa


Mcm la baik sangat



Bajet artis
Burger Bakar

Friday, December 21, 2012

Coo Coo Cookies~!

Today ML wanna tell about my new discovery talent. #igotsomanytalentok.


Making fancy COOKIES~!

Sebelum ni ML amek tempahan.
Masyuk la jugak tapi xsempat nak buat sekarang sbb keja kat opih melambak2. huh.










Caloi Yang Pelik Tapi Benar

Ada macam2 perkara pelik berlaku dalam dunia ni.
Then hari ni perkara paling pelik berlaku kepada ML.

Situasi
ML tengah buka blogger dashboard sambil merenung list of post.

Pelik

Caloi : Cik Mas xder blog kan?
Gjul   : La..... yg cik Mas update pasal Lata Bayu Tu Aper?
Caloi : Ooooooooo yg lagu2 tu eh?

Apakah motip soklan dan jawapan yg xrelevan itu?. Agak2nya Caloi tahu x blog tu aper eh?

hahahahahahaahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!!!!!!!


Caloi


gjul


pelik tapi benar


Wednesday, December 19, 2012

Wanie and the closet.

Macam tajuk fairytale movie kan? bahahahahhahah.
Nope this is real story about my dumb not very lucky sister wanie.

Pada sebuah malam yg hening sedang Misz Lynn asyik menonton how i met your mother sambil terkekeh2 tiba2.....

* suspence music*

Telipon wanie berbunyi nyaring.

Ceh potong stim toi. So ML sambung tengok tv balik sbb tiada perkara diluar norma kebiasaan berlaku. Kemudian sejurus selepas ML kembali menghadap Barney Stinson di kaca tv tiba2.....

* suspence music again*

Brangggggg. #somethingbangthefloor.

ML concern but butt still glued to the sofa for Ted Mosby sake.

"awat tu?" soalan separa prihatin ML

"pintu almari jatuh" jawapan normal wanie.

"okay"
Not bother to check the condition coz im very sure Ted wanna reveal his wife to be very soon (which is not happening boooooo). So ML still focus tengok tv. tiba2........................

* suspence music again*

ML terdesak sebuah esakan kecil yg membawa kepada sebuah raungan yang semakin membesar.Dengan seberapa pantas yang mungkin Ml bergerak ke bilik wanie dan mendapati beliau sedang menangis teresak2 memegang kakinya sambil di tangannya masih memegang henpon tanda urusan bergayut itu masih belum selesai.Rupa2nya pintu almari tersebut telah tertmpa ibu jari kakinya.

hahahahhahahah

kejam la ML gelak tapi mmg serius lawak tengok dia nangis tapi xnak hang up phone.
memandangkan abah xda ML sepantas mungkin col jiran sebelah minta tolong ke spital sbb ibu jari wanie dah instantly hitam lebam.

Puas kami tawaf cari klinik 24 jam coz jam dah pukul 10 malam. Amazing satu klinik pon xda. Pftttttttt

Kami terus ke hospital sambil im still making fun of how silly wanie crying . Sampy jek kat bhg kecemasan Dr terus refer wanie ke xray department which is gazillion km away from there. haish...... ML pon tolak la wanie guna wheelchair sampy sana.. n q up some more.
#yawn

Guess what?
IBU JARI KAKI WANIE RETAK.
gulp.
RETAK OK.

Then Dr buat minot surgery untuk buang kuku kaki dia sebb nak buang darah beku. Horror than horror movies.
By this time abah ML dah sampy kat spital sambil teman ML tunggu wanie. ML diam sambil membendung rasa bersalah sebb make fun of her before. Dia serius sakit.
#bersalahyghamat.

Lebih kurang pukul 1 pagi kami dah boleh balik rumah. Then MIsz Lynn terpaksa packing barang sebb the very next morning ML perlu travel ke KL outstation. Hadoih... mesti perjalanan yg sangt menyiksakan esok dgn mata yg sangat berat.

this incident really spoilt the vacation mood. Will blog about that sooon.
c ya.


Friday, November 30, 2012

Chew Drink Chew~!

Somebody help.
Im in major crisis right now.
Im so addictive to bubble drink. (what have they put in to those super chewy n yummy pearl?). Its make me a Bubble Addict. Oh know im an addict now!!. hahahhaha. *Drama Queen*.

Tapi serius dalam keadaan yang kurang kesedaran kendiri terhadap saiz badan yang makin menunjukkan kosistensi peningkatan yang cemerlang *sigh* ML boleh terjebak dengan ketagihan yang baru yg x berpekdah ni.

Yer2... simpan dulu la segala leteran yg dah membuak nak kuar tu. Biar ML habih cerita dulu.

Dalam hujah bela diri saya yang pertama : Anda pernah minum x bubble drink ni? Anykind? Chatime, bubblegurt, coolblog, each a cup, blalalalalalala~!. Bagi Misz Lynn tarikan utama minuman2 ni opkos la pearl dia.. chewy n kalo dalam mulut macam xbeley berhenti jek mengunyah?.. Chew-->drink-->Chew. xrasa macam minum banyak pon. Sdar2 dah habis. hahahahha~!

Hujah saya yang kedua adalah : smoothies n segala jenis mak nenek minuman yg kita boleh pilih ikut suka dan senarainya panjang berjela. Lupa dunia kejap sampai kat mana2 outlet.  Rupa ML kat situ dah konpom2 macam muka budak2 kecik yang nampak candies or (ML nampak candies). Sales girl yg dok menghadap muka aku tuh konpom2 dah target nak rekomen yg paling mahal melihat keterujaan yg bersinar di anak mata.

Hujah seterusnya : tahu x kita boleh pilih level gula.(normal, medum, low and no sugar) so rentikanlah niat nak beleter tu yer coz ML selalu amek *cough* Bulf *cough* No sugar. But ada some outlet yg mmg wpon no sugar tp ingredient dia dah memang ada gula sesiap. tersgt la manis.. So yg manis2 sangat ML selalunya x beli dah.

So far my fav * drum rols* jatuh kepada : Strawberry Puding Au lit di Chatime. Double hits combo sedap.




1st runner up jatuh kepada Blackforest Chocolate  di Bubblegurt.



                  
Why im blogging this? selain daripada xda modal lain nak bercerita, Ml sebenarnya baru  dapat voucher   free outlet baru buka kat sebelah office  : tea7. kenapa aku yang terpilih untuk menghadapi ujian ini?? Hahahaha.

Dah ready nak balik n ajak abah g redeem free DRINKS AND TOPPING. Konfirm Miss Jeles si Wani tu ngamuk coz nak kena ikut. Let me think first.........

Yerp.....  i totally dont mind about her further comment.
#lifeisgood.




Tuesday, November 27, 2012

Cara Minta Maaf.

Salah seorang klien ML pernah bertanya.

"apa cara yang betul untuk minta maaf?"

Jadi hari ini, dengan Izin Allah Swt saya rasa topik ini menarik untuk ML kongsi bersama tentang tatacara yang benar memohon maaf (menurut justifikasi manusia biasa yang masih belajar seperti ML)

Ikhlas. Kita kena faham bahwa kenyataan maaf itu puncanya adalah kesalahan. Kita perlu kenal dengan kesalahan kita dahulu baru kita kenal cara sewajarnya untuk memohon maaf. Memohon maaf itu bukan sekadar suatu formaliti. tapi satu upacara untuk kita memohon supaya kita diampunkan.

Syarat utama untuk meminta maaf adalah jangan ada alasan di sebaliknya.

"saya minta maaf sebab saya buat salah dengan awak tapi...................."

Setiap kali ada tapi dibelakang ayat wajar ada huraian dan alasan yang akan membuka satu pertengkaran baru. Setiap kali kita mencari alasan untuk memperbetulkan diri kita (menegakkan benang yang basah) bermakna kita tidak faham akan kesalahan kita. Kita tidak faham bagaimana kesalahan kita itu boleh melukakan orang lain, jadi kita tidak layak untuk minta maaf.

Fokus utama memohon maaf adalah menyenangkan orang lain. Fokus utama untuk memaafkan itu adalah menyenangkan diri sendiri. Dalam usaha untuk memohon maaf daripada orang lain tidak seharusnya kita fikir apa kepentingan yang kita dapat jika kita minta maaf. Sebaliknya berfikirlah bahawa jika dengan meminta maaf ini boleh membuatkan dia memaafkan aku maka aku ikhlas memohon maaf. Tidak ada bela diri.

Jika kita rasa setiap perbuatan kita benar tetapi tetap melukakan orang lain buat pertimbangan sama ada memohon maaf itu wajar ataupun tidak. Memohon maaf perlu disertakan dengan kefahaman bahawa "aku memang ada buat salah". Sebagai manusia biasa yang keliru dan bergantung sepenuhnya kepada hidayah Allah swt, sewajarnya kita semua pernah buat salah, jadi tidak cacat pengalaman kita hari ini jika kita mula belajar untuk meminta maaf dengan seikhlas hati.

Semoga hari ini kita menjadi manusia yang sentiasa bermaaf-maafan dan bertunjangkan Allah swt semata-mata. Inshaa Allah.

I Love My Driver

Saya sayang abah saya.

No. This is not fathers day yet. But truly i love my abah everyday. So everyday is fathers day for me.

My mom passed away since i was 14. Sejak daripada hari tu ML xbley imagine how my life would be without my abah.

ML dibesarkan dengan keringat abah sebagai seorang pekerja kilang. Cukup atau tidak belanja dapur dan rumah sejak dari kecil, ML tidak pernah rasa kehidupan ML susah. Abah akan usahakan semua yg ML hajati. Cepat mahupun lambat. tapi tu semua bukan alasan untuk meminta2 yg bukan.

Sejak dari kecil abah adalah driver tetap ML. setaip peperiksaan penting : UPSR, PMR, SPM, dan STPM mesti abah yang hantar dan jemput. Abah akan amek cuti. Semata2 untuk jemput ML balik exam.

Masa ML dapat Sekolah asrama penuh (SGGS) abah setia tunggu ML dengan motor Honda Cup C70 setiap kali waktu hujung minggu. Sebaris dengan Mercedes Benz dan BMW ayah pelajar lain. Abah xmalu pon.

Then masa ML tukar sekolah ke SMTSSB, setiap hari ML akan tunggu abah amek ML balik sekolah. ML sanggup tunggu sampy petang.

Bila ML dapat masuk UMS, abah still hantar ML ke epot naik motor sambil bawa beg besar2. Abah xmerungut pon. Setiap cuti semester abah dah tunggu di epot. Setaip kali mula semester abah dah ready nak hantar balik ke epot.

Waktu ML dapat Ijazah (abah xikut pon g sabah) abah dah siap2 tunggu ML di epot masa ML dah selesai konvo-> masih lagi dengan motor dia. Setia dan penuh rasa bangga. Naik jambatan dan turun jambatan dengan motor kesayangan n anak kesayangan dia. hihi.

Masa ML nak g interview Pegawai Psikologi dulu, abah bawa ML nek moto SRX dia juga la g Komtar. Tunggu sampai ML habis interview. Then belanja ML makan KFC sebb dia seronok ML kena panggil temuduga.

Masa ML mula2 posting di Politeknik, Abah juga hantar ML ke Poli hari2. Tapi kali ni abah dah malu nek motor. Abah kata segan kalo org tengok pegawai naik motor. Abah xpa.

Then ML decide nak beli kereta, Pesona SE biasa ja. Bukan kereta saya. Tapi kereta Abah saya. Masa mula2 ML beli ramai yg tanya kenapa beli kereta tapi xda lesen? ML diam ja. Ramai yg bertanya napa masih nak susahkan abah walaupun dan mampu berkerjaya.

Jawapan saya sebb saya sangat sayangkan abah saya. Masa mula2 ML beli kereta tu, ML boleh nampak ayah ML happy sangat. Seronok bawa kami nak p mana saja. semua dia bawa. Akhirnya setelah bertungkus lumus bertahun2 jadi driver abah ML berjaya juga pakai kereta.

Kalo ML amek lesen mesti abah dah berhenti jadi diriver ML kan?. Mesti abah naik motor balik. Jadi biarlah lambat ML amek lesen asalkan ML tahu , driver kesayangan ML dah bahagia. Pengorbanan dan titik peluh abah xboleh dibandingkan dengan harga sebuah kereta. Kasih sayg abah bukan tahap untuk diukur dengan nilai harta benda.

To abah (walhal ML tau dia xbaca blog ni). U r my best driver and always be.


my beloved driver~!





Monday, November 26, 2012

LATA BAYU ESCAPE~!

Lata bayu.


Super best~~!


Dua tiga menjak ni ML dah xpandy nak bergumbira sebb kawan2 ML dah banyak yang jadi ORG TUA. So fun ni dah lari jauh drpd kamus kehidupan mereka-mereka yang terlibat. Then my sweet escape haruslah Orangers kan. (#ihaveboringlifethatswhyihavetodotwostraightentryaboutorangers).


Then, we decided to have blast fun before their finals. Bayangkan kena bawa 40 org budak yg senget2 belaka? haish....Memang azab.

Awal2 pagi dah siap kena jerit2 coz ada pulak yg bgun lambat...

"kan saya dah kata 6 setengah bertolak, yg hampa p tdoq pukul 4 setengah tu buat apa"

"korang kat mana ni?"

"kalo dah tau tayar pancit naper xnek van sesiap"

"mana nad pengarah program ni kenapa dia yg paling lambat?"

"yg nek van kutip 3 hengget isi minyak cepat~!!!"

"pukul berapa nak bertolak ni? tahu x saya paling awal terpacak kat sini"


Selesai sesi mengherdik manja  dalam dua tiga baris ayat akhirnya kami semua ready untuk bergumbira. Perjalanan ke Lata Bayu.



 

4 biji keta satu van + 4 motor dr kulim




cantikkan scenary?



Yeay we are here~!


 

 

 


 





Girls yg mekak2 main air~!



gambar bajet

Balik daripada mandi manda kami semua singgah berehat di Mengkuang Dam. Boleh bebudak tuh main "tuju selipar". Berlari sampy berpeluh2... macam bawa budak tadika plak. hmmm... penat makcik sunburn sengsorang tgh panas. haiyooh~!


Apa motif pakai payung lutsinar masa panas terik?


Mini Post mortem
Cuba teka budak2 mana yg xnah kuar PSP?

Well i let them have a blast fun on the day because they deserve it.
Semua orang main sampy lebam...
then balik take a deep rest and get ready for final exam
As for my self , i still need to go to the office the next day walaupun muka ML lebam
Sebulan coz sunburn.
Haish...
But its really a sweet escape~!
lalalallalalallalal