Thursday, September 8, 2011

Hidayah itu milik Allah swt.
Yerp, as simple as its been written. Tapi entah kenapa, susah sangat misz lynn nak faham benda ni dari dulu. Mungkin dah terbiasa dengan tugas2 di ofis, misz Lynn betah sangat nak bagi nasihat kat org lain. Especially untuk org2 yg dekat dihati misz Lynn. Kebiasaanya sharing yg misz Lynn buat ni org lain terima dalam bentuk yg sangat berbeza.

Ada yg bila kita cakap sikit fahamnya banyak~!
Ada yg kita cakap banyak fahamnya tidak~!
Ada yg kita belum bercakap pon dah siap memberontak...~!

Sebab jawapannya mudah. Manusia percaya dan yakin apa yg dia nak yakin dan percaya. Kalau kita ikhlas nak menolong, bagi pendapat yang kita rasa bernas dan boleh membantu. Paling penting, jgn harap sangat orang nak faham apa kita cakap. Kerana rahsia dan perancangan Allah itu lebih besar. Jika belum sampai seruNya memang orang tak terima pendapat kita waima kita azan kat telinga sampai subuh pun.

Jari tangan kita ada 5, semua  tak sama panjang kan?. Semua ada fungsi yang berbeza,  Misz Lynn yakin semua manusia berfikiran berbeza sebab ada aturan Allah untuk manusia berbeza-beza. Yang penting, kita jangan putus asa untuk menyebarkan kebaikan. Jangan kecewa bila xder orang yg faham apa yg cuba kita sampaikan. Kerana kecewa itu lambang kita tidak ikhlas. Setting niat balik. Psikologist pon bukan magician kan?

In sha Allah,  Misz Lynn selalu harap diberikan hidayah yg lebih pada masa kan datang, supaya In sha Allah, ada juga yg bakal dapat hidayah Allah dengan bantuan Misz Lynn. Murnikan cita2... berangan x hagak2.
-____-

No comments:

Post a Comment